Isnin, 29 September 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


  • Saya ingin mengucapkan selamat hari raya. Maaf Zahir Batin kepada :-

    Jurulatih Memandu Berkelayakan bagi Pensijilan Pegawai Penguji Berkelakan JPJ Malaysia. (gambar)

    Rakan-rakan TOT/CDL/LV. Rakan-rakan SPIM/QTI yang berada di seluruh Malaysia.

    Rakan-rakan karib- saudara Tasikan Yusuf Kelantan FM,Tengku Asari, Amran Jab. laut, C. Abdulllah dan rakan-rakan yang mengenali yang tak tercatit dalam laman ini.

    Teristimewa kepada ahli keluargaku yang sentiasa bersabar.













Maaf Bahir Batin.

Benarkah sikap pemandu kita sukar diubah

Aidil fitri hampir sampai ke kemuncak. Lusa adalah perayaan yang besar bagi umat islam. Semua yang ada di perantauan akan balik ke kampung. Semada memandu kenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan perkhidmatan awam menjadikan jalan raya semakin sesak. Masing-masing ingin balik ke halaman sendiri.


Yang pasti kemalangan tetap berlaku. Benar kata orang, kita tidak boleh mengharap selama-lama kepada operasi pemantauan JPJ dan Polis untuk mengawasi sikap pemandu bagi mengawal kemalangan jalan raya. Pemandu di negara kita harus mengubah sikap. Kita jangan hanya mengikut dan perihatin dengan peraturan dan undang-undang apabila ada kelibat anggota penguatkuasa. Kita harus melihat dan mematuhi peraturan dan undang-undang setiap masa demi kebaikan dan keselamatan kita semua. Memang sukar untuk berubah tapi ia bukan suatu perkara yang mustahil dilaksanakan. Kerja yang susah akan jadi senang jika ada kemahuan dan kesedaran. Pemandu yang kompenten adalah pemandu yang ada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif. Sikap kita adalah identiti kita.

Jumaat, 26 September 2008

Sesuaikah jarak kenderaan anda?

Semasa memandu anda perlu perhatikan jarak kenderaan anda. Jarak mengekori, di ekori dan dengan kenderaan yang berhenti di bahu jalan adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
  • Jika anda mengekori kenderaan hadapan anda hendaklah mengekori dalam jarak yang sesuai. Asasnya semakin laju kenderaan dipandu semakin jauh jarak mengekori anda. Pentingnya jika kenderaan dihapadan membrek secara tiba-tiba anda mempunyai masa dan ruang untuk membrek dan memberhentikan kenderaan anda dengan selesa dan selamat.
  • Anda juga harus melihat dan mampu mengagak jarak kenderaan yang mengekori kenderaan anda. Anda mungkin tidak merasa selesa dan selamat jika anda diekori oleh kenderaan dari belakang terlalu rapat. Anda lebih selamat jika membenarkan kenderaan dibelakang memotong kenderaan anda. Jika ia masih tidak mahu memotong kenderaan anda, anda juga boleh menggunakan brek secara berirama iaitu dengan cara menekan pedal brek secara tekan & lepas. Setiap kali brek di tekan dan di lepaskan lampu brek dan lampu brek ketiga akan menyala. Teknik ini digunakan untuk memberitahu pemandu kenderaan dibelakang mengenai ketidakselesaan anda. Ia juga akan memaksa pemandu kenderaan dibelakang memperlahankan kenderaannya. Teknik ini juga akan menyebabkan pemandu kenderaan dibelakang merasa tidak selesa mengekori kenderaan anda dan ianya akan mengambil keputusan untuk memotong kenderaan anda. Tindakan anda pula mesti memberi masa dan ruang yang selamat untuk kenderaan tersebut memotong.
  • Anda juga harus melihat jarak kenderaan anda dengan kenderaan yang berhenti di bahu jalan. Jarak yang paling sesuai ialah melebihi 3 kaki. Dengan jarak ini jika pintu yang menghadap ke jalan raya dibuka secara tiba-tiba, kenderaan yang anda pandu masih ada ruang yang selamat.
Pemandu selamat mengamalkan sikap pemerhatian dan tindakan yang tepat.

Khamis, 25 September 2008

Memandu di jalan basah..



Memandu dalam keadaan hujan memerlukan lebih perhatian. Permukaan jalan yang basah memerlukan pemandu menggunakan pergerakan yang lembut terhadap :-
  • Stereng
  • Brek
  • Cekam(clucth)
  • Pedal minyak (accelerator)
Penggunaan secara kasar memungkinkan berlaku gelinciran kepada kenderaan. Tindakan yang terbaik ialah kurangkan kelajuan dan tingkatkan pemerhatian. Ingat pemandu yang baik ialah pemandu yang dapat menyesuaikan pemanduan mengikut keadaan jalan dan keupayaan kenderaan.

Rabu, 24 September 2008

Pelancaran OPS SIKAP XVII - JPJ SIAP SEDIA








Anggota Penguatkuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan
Negeri Sembilan siap sedia untuk melaksanakan Ops Sikap XVII yang bermula hari ini.

Isnin, 22 September 2008

Kemalangan Maut


Elakkan kemalangan sebegini di musim perayaan. Bermulalah pemanduan anda dengan cermat. Jika anda bermula dengan cermat, Insyaallah akan berakhir dengan selamat.

Ahad, 21 September 2008

Samseng Jalan Raya (Road Bully)

Semalan baru saja saya menulis mengenai penggunaan hon. Hari ini akbar perdana melaporkan kejadian sebenar berlaku. Kejadian yang berlaku dibandar Kuching yang melibatkan seorang pemimpin yang bergelar Datuk semalam adalah contoh yang nyata. Hon dikatakan punca kejadian tersebut.Tindakannya tidak melayani kerenah pembuli jalan raya ini adalah tindakan yang sangat baik. Memandu kenderaan ke Balai Polis yang berhampiran adalah tindakan yang betul. Laporan Polis hendaklah dibuat dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tugasnya.

TIP MENGELAKKAN DARI SAMSENG JALAN RAYA

  • Jangan amalkan membunyikan hon yang panjang dan mendesak.
  • Jangan bertindakbalas jika pemandu lain membunyikan hon mendesak kepada anda.
  • Kenalpasti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan, memandu ke Balai Polis dan buat laporan.
  • Kawal perasaan dan tingkatkan kesabaran anda.

Sabtu, 20 September 2008

HON.... PON! PON! Pooo0ON!


Hon digunakan sebagai alat untuk memberitahu pengguna jalan raya lain mengenai hasrat anda. Namun ia hendaklah digunakan dengan berhati-hati. Hon yang BUNYINYA seperti MENDESAK akan disalahtafsirkan oleh pengguna jalan raya lain. Hon yang Mendesak dikenalpasti sebagai salah satu penyebab berlakunya kejadian samseng jalan raya. Ingat! banyak kes yang berlaku seperti pengaduhan berpunca dari HON. Jangan jadikan kesalahan jalan raya bertukar menjadi kesalahan jenayah.
Gunakan hon kenderaan anda secara berhemat!

Jumaat, 19 September 2008

SAYANGI LAH ANAK ANDA


Ada pemandu yang meletakkan anak dihadapan mereka semasa memandu. Anaknya kadangkala berdiri dan turut sama memegang streng kenderaan. Tindakan ini sangat merbahaya. Jangan kita sayangi anak sehingga kita lupa tindakan itu mendatangkan bahaya. Menyesal seumur hidup jika kemalangan maut berlaku akibat dari kejahilan tindakan kita.

Khamis, 18 September 2008

PEMERHATIAN (OBSERVETION)


Pemandu yang baik memiliki tabiat pemerhatian yang baik. Pemerhatian yang baik boleh membantu anda membuat keputusan lebih cepat dan tepat. Anda harus ingat semakin laju anda memandu semakin cepat masa yang di perlukan untuk bertindak. Anda harus cepat menjangka, mengenalpasti dan bertindak terhadap halangan yang datang. Kesilapan menjangka dan mengenalpasti akan menyebabkan kegagalan anda betindak dengan cepat dan tepat. Kemalangan besar boleh berlaku akibat dari sedikit kesilapan kita.

Rabu, 17 September 2008

BALIK KAMPUNG DAN OPS SIKAP

Hari Raya Aidil Fitri menjelang tiba.Balik kampung untuk berhari raya bersama orang yang tercinta merupakan perkara yang wajib dalam kehidupan berkeluarga. Selain budget pakaian budget kenderaan juga perlu. Perjalanan yang jauh memerlukan kenderaan dalam keadaan TTC ( Tip Top Condition). Semuanya itu memerlukan perhatian dan perbelanjaan yang besar. Memandu kenderaan sewaktu balik kampung memang penuh cabaran terutama harus bersedia bersesak-sesak di jalan raya. Maklum sajalah semua mempunyai tujuan yang sama..BALIK KAMPUNG BERHARI RAYA. Stress betul memandu ketika itu. Harus di ingat strees ini boleh di kawal jika kita saling hormat menghormati dengan pemandu lain. Segala perlakuan kita akan di pantau oleh pihak yang berkuasa. Jangan sekali-kali kita hilang sabar ketika memandu. Pemandu yang tidak sabar dan tidak mengikut peraturan sudah pasti mesti bersedia dengan tindakan undang-undang. Budget anda akan bertambah nanti bila terpaksa membayar saman yang patutnya boleh di elak. Sama-sama kita membina sikap yang positif semasa memandu..

PANDU MOLEK

Pemandu yang baik ialah pemandu yang ada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terpuji. Memandu adalah merupakan satu seni yang terbentuk melalui cara semula jadi atau melalui proses pembelajaran. Pemandu yang kompeten mempunyai ciri-ciri berkenaan. Cara yang paling mudah untuk mengenali samada anda pemandu yang baik atau tidak dengan cara menilai diri sendiri. Lihat diri sendiri bagaimana tingkah laku anda semasa anda memandu. Anda juga boleh melihat bagaimana tingkah laku pemandu lain yang anda benci. Kalau tingkah laku sebegitu yang anda benci.. maka begitulah bencinya tingkah buruk anda yang dibenci oleh orang lain!!!
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda..
terima kasih.....

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com