Isnin, 23 November 2009
Gunakan Hon Secara Berhemah
Jumaat, 28 Ogos 2009
Keselamatan kita tanggungjawab sendiri
Tahun ini kita jangan harapkan JPJ menjaga keselamatan kita. Jangan kita harapkan Polis menjaga tatapandu kita. Jangan harapkan orang lain jaga dan periksa brek, tayar dan kelengkapan kenderaan kita. Tahun ini biar kita sendiri yang melakukan semua itu. Pemeriksaan sendiri adalah lebih baik. Jaga sikap dan tatalaku kita sendiri lebih baik daripada orang lain. Lakukan semua itu atas kerelaan,kesedaran dan tanggung jawab kita sendiri.. untuk diri kita.
Sabtu, 18 Julai 2009
sikap dan kecekapan memandu
Kebanyakan pemandu hari ini hanya menggunakan separuh daripada kemahiran mereka semasa memandu di jalan raya. Apabila berlakunya kemalangan ia meletakkan kesalahan kepada faktor seperti persekitaran, sedangkan sebahagian besarnya adalah berpunca daripada diri sendiri.
Akhir ini ramai pemandu menggunakan telefon bimbit, menaip teks khidmat pesanan ringkas (SMS), membetulkan siaran radio dan juga mencari arah menerusi sistem navigasi ketika kereta sedang bergerak. Malah ada yang boleh makan, minum serta bersolek ketika memandu.
Realiti hari ini memandu memang tidak sukar lebih lagi kenderaan moden yang dilengkapi dengan pelbagai ciri contohnya kenderaan automatik.
Secara relatifnya, semua orang dewasa boleh memandu. Namun, apa yang membezakan pemandu yang cekap dan sebaliknya adalah corak pemanduan. Cekap, bukan semestinya anda seorang pelumba litar F1.Kecekapan pemanduan berdasarkan naluri dan keupayaan mengesan sesuatu kecelakaan beberapa saat sebelum ia berlaku. Perbezaan jumlah saat itu kadangkala menentukan sama ada anda mampu atau tidak menyerap kemalangan, mengelak kemalangan atau terus sahaja menghentam dengan momentum penuh. Jadi gunakan sepenuhnya kepakaran yang ada untuk mengelak kemalangan.
Ahad, 12 Julai 2009
Pemandu Bijak
Sabtu, 4 April 2009
Ahad, 8 Mac 2009
Hati-hati Memandu dalam hujan-kongsi Tip ini
- Pastikan bahagian bawah kenderaan tiada kebocoran manakala semua pintu mempunyai kedapan (seal) yang baik dan bahagian enjin, kotak gear dan galas (bearing) tidak berlaku kebocoran.
- Sistem cekam (clutch system), sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik manakala .
- Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman mantap manakala penggilap (wiper), hon dan sistem elektrik seperti bahagian lampu hadapan dan juga lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.
- Perkara yang perlu diberi perhatian ketika meredah jalan dinaiki air ialah memberi laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah tidak melebihi had tayar.
- Sekiranya di bawah satu kaki tinggi, pemanduan boleh dilakukan tetapi harus ingat, pandu kenderaan anda secara perlahan yang boleh.Ia bertujuan untuk mengelakkan percikan air membasahi enjin khasnya bahagian sistem penyalaan (ignition system).
- Jangan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin basah dan pengguna lain terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena percikan air.
- Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan memandu laju kerana sistem brek anda tidak berfungsi sepenuhnya kerana permukaan brek basah.
- Bagi mengatasi masalah ini, gunakan gear satu atau dua bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear satu bagi sistem automatik.
- Tekan pedal minyak dan brek serentak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
Pemandu Wanita- Ambil langkah keselamatan
Walaupun adalah lebih baik jika berteman semasa memandu, ada kalanya wanita tidak dapat mengelak daripada memandu sendirian. Ahli perniagaan wanita contohnya, seringkali keluar memandu sendirian untuk bertemu dengan rakan kongsi atau pelanggan.
Jika anda memandu sendirian, amalkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini:
- Sentiasa pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu
- Bawalah telepon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu
- Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci
- Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok
- Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat dari orang yang tidak dikenali. Tanyalah alamat di stesen petrol atau kaunter tol
- Jika diekori, pandulah kereta anda ke balai polis yang berhampiran
- Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali
- Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain
- Catat nombor pendaftaran kereta tersebut, warna dan lain-lain dan gunakan telepon mudah alih untuk meminta bantuan. Anda juga boleh memandu terus ke balai polis yang berhampiran untuk mebuat laporan polis
- Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling
- Jika anda diugut oleh perompak, serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa berlengah-lengah
- Jika tayar kereta pancit di tempat yang gelap dan asing bagi anda, pandu perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awam yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan
Sabtu, 7 Februari 2009
AMBIL SIKAP INI -JIMATKAN PENGGUNAAN MINYAK
Apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.
2. Isikan minyak sehingga tangki penuh.
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
3. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.
4. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda.
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.
5. Angin tayar
Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.
6. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh.
Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.
7. Kurangkan penggunaan penghawa dingin.
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan mudah.
8. Kurangkan beban kereta.
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
9. Pemanasan enjin selama 30 saat.
Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak
10. Elakkan menunggu .
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
11. Elakkan menggunakan gear rendah.
Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.
Sabtu, 3 Januari 2009
Kenapa kemalangan ini boleh berlaku?
Batu Pahat-JB
I made this widget at MyFlashFetish.com.