Sabtu, 18 Julai 2009

sikap dan kecekapan memandu





Kebanyakan pemandu hari ini hanya menggunakan separuh daripada kemahiran mereka semasa memandu di jalan raya. Apabila berlakunya kemalangan ia meletakkan kesalahan kepada faktor seperti persekitaran, sedangkan sebahagian besarnya adalah berpunca daripada diri sendiri.

Akhir ini ramai pemandu menggunakan telefon bimbit, menaip teks khidmat pesanan ringkas (SMS), membetulkan siaran radio dan juga mencari arah menerusi sistem navigasi ketika kereta sedang bergerak. Malah ada yang boleh makan, minum serta bersolek ketika memandu.

Realiti hari ini memandu memang tidak sukar lebih lagi kenderaan moden yang dilengkapi dengan pelbagai ciri contohnya kenderaan automatik.

Secara relatifnya, semua orang dewasa boleh memandu. Namun, apa yang membezakan pemandu yang cekap dan sebaliknya adalah corak pemanduan. Cekap, bukan semestinya anda seorang pelumba litar F1.Kecekapan pemanduan berdasarkan naluri dan keupayaan mengesan sesuatu kecelakaan beberapa saat sebelum ia berlaku. Perbezaan jumlah saat itu kadangkala menentukan sama ada anda mampu atau tidak menyerap kemalangan, mengelak kemalangan atau terus sahaja menghentam dengan momentum penuh. Jadi gunakan sepenuhnya kepakaran yang ada untuk mengelak kemalangan.

Ahad, 12 Julai 2009

Pemandu Bijak

Anda adalah pemandu yang bijak jika dapat elak kemalangan walaupun ianya berpunca dari kesalahan pemandu yang lain. Lebih baik anda mengalah sikit untuk mengelakkan dari kemalangan. Pastikan kedudukan kenderaan anda sentiasa dalam jarak yang selamat. Banyak kemalangan yang berlaku akibat dari memandu dalam jarak yang tidak selamat sehingga begitu sukar untuk mengawal kenderaan terutama bila keadaan kecemasan. pandulah molek-molek.

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com