Isnin, 21 November 2011

JPJ KEMALANGAN






Cukupkan kemahiran yang ada pada pemandu ini untuk memandu kenderaan penguatkuasa JPJ.
Tercalar kah imej JPJ akibat kemalangan sebegini?
Adakah kelayakan pemandu Pajero Penguatkuasa perlu di teliti semula?

ETIKA PEMANDU AMBULAN





Berkongsi pengalaman dengan pemandu-pemandu Ambulan. Kursus Etika Pemanduan Anjuran Pejabat Kesihatan Kota Bharu 20 & 21/11/2011
Semua pemandu kenderaan termasuk pemandu Ambulan hendaklah mematuhi semua peraturan jalan raya. Manakala pemandu lain harus memahami bahawa adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memberi keutamaan laluan kepada kenderaan ambulan yang dalam tugas kecemasan.

Isnin, 7 November 2011

SAMSENG JALAN RAYA

Anda jangan jadi mangsanya. Ramai pemandu bila memandu telah lupa kelakuan berhematnya semasa mula mendapatkan lesen memandu. Sikap tidak bertimbang rasa, panas baran mendorong pemandu ini menjadi ganas di jalan raya. Untuk elak keganasan ini sedikit tip untuk anda :


  • Kekalkan sifaf sopan, sabar dan bertimbang rasa walaupun pemandu lain tidak bersikap begitu.

  • Jangan bertindak balas atau cuba memberi respon untuk menandingi pemandu yang ganas. Elakkan bertindak bertentang mata dengan nya. Ambil sikap acuh tak acuh sahaja. Jika anda masih tak tahan sabar katakan kepada diri anda.. pemandu itu tidak sihat.

  • Jangan sekali kali memperjudikan nyawa anda dengan kesilapan pemandu lain

  • Berusaha mengurangkan tekanan dengan mengambil pendekatan agama

  • Anda juga harus ingat bahawa anda tidak boleh mengawal emosi pemandu lain, tetapi anda boleh kawal emosi anda sendiri

memandulah dengan smart dan selamat

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com