Sabtu, 28 Januari 2012

OPS TBC

Menyertai Operasi Penguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina. Lembah Sireh, KOTA BHARU, Team WAU 14 




Terminal Bas Lembah Sireh......

Selasa, 24 Januari 2012

Cadangan hukuman penjara kepada pemandu yang menyebabkan kematian

Akbar dan media massa hari ini melaporkan cadangan salah seorang AJK Keselamatan Keselamtan Jalan Raya Malaysia supaya pemandu yang memandu dengan melulu dan membahaya sehingga menyebabkan kematian di kenakan hukuman penjara. Nak cerita apa panjang-panjang. Undang-undang dah ada lama. Laksana aje yang lambat. kononnya membebankan rakyat. Memang pemandu Malaysia tak takut kena saman. Ada juga pemandu biadad siap maki hamun Polis atau JPJ bila kena saman.  Lagi pun kalau kena saman pun ada masa boleh kurang kompaun. Sebab itulah masalah pemandu ni tak pernah selesai. Pihak berkuasa tak serius.  

Seksyen (41)Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan yang menyebabkan kematian, jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah boleh di denda tidak melebihi RM10,000.00 atau di penjarakan selama tempoh tidak meleihi 5 tahun.

Sabtu, 21 Januari 2012

mySIKAP




DSC04668
DSC04673 by mahmoodawkDSC04674 by mahmoodawkTambah kapsyen


DSC04671
Mengikuti latihan Aplikasi mySIKAP Fasa 1 ( NRO) mulai 20-22/1/2012 di Akademi JPJ Malaysia, Melaka......

Khamis, 19 Januari 2012

Mesyuarat Pengurusan Pegawai-Pegawai Pengujian & Pelesenan Pemandu JPJ Malaysia

Mesyuarat Pengurusan Pegawai-Pegawai Pengujian & Pelesenan Pemandu JPJ Malaysia Bil 1/2012 mulai 18-20 Januari 2012 di Akademi JPJ Malaysia, Melaka.



Gambar menyusul............

Jumaat, 13 Januari 2012

Aduhai ..Perkhidmatan Kaunter Pengangkutan Awam

Kongsi pengalaman ini

Pagi ini 7.45 sampai Terminal 1 Seremban. Dah masuk 9 tahun sebagai pelanggan tetap Bas. Biasanya bila sampai terus ke kaunter untuk beli tiket balik KB pula. Masa nak beli komputer Off-line. Aku fahan benarlah masalah on off line ni.. sabar ajela. Masih lagi Q berbaris dengan pelanggan lain. Sabar.. aje lah. lebih kurang 1/2 jam Komputer OK.. Kerani kat kaunter pula panggil.. melaka2222222.... jadi mulalah yang Q tadi kerumun kat kaunter. Aku Q lagi. masa Q tu.. aku tulis aje kat kertas maklumat tiket yang aku nak supaya urusan aku nanti mudah dan cepat. Aku tulis No Trip Bas 256, tempat duduk kalau ade DB atau DC ( kerana bagi aku inilah tempat yang paling selesa bila naik Bas 2 Tingkat ni) dan tarikh sekali.   Masa kerani tu buka aku boleh nampak di skrin pc ada tempat duduk tu. aku biasa sgt tengok skren pc tu..dah 9 tahun kan.. Lepas tu kerani terus print tiket.. aku tengok dia bagi 4C tingkat atas.. aku tanya dia kenapa bagi tingkat atas.. Dia jawab xpe boleh duduk mana-mana.. aku kata_ habis buat apa tulis site.. ( aku tahu bila duduk site orang nanti kena pindah randah atas bas). Aku kata kan saya nak site bawah.. SAMA AJE_Dia mula tinggi suara. Saya kata saya nak site yang saya minta.. DAH JUAL_ dia tipu saya lagi.. HABIS TIKET YANG NI SAPA MAHU BAYAR..AKU KENA GANTI DUIT AKU TAU..tinggi suaranya....MUKA DIA ALAMAK.. xlayak lagsung kerja kat kaunter. Aku  buat-buat naik angin juga..Aku test power dia.. Aku kata Awak jangan sombong sangat dengan pelanggan dengan memandang tepat pada wajahnya...saya adalah pelanggan awak..yng bayar gaji awak (kira bodoh2lh saya dah belanja beli tiket Bas....saya peruntukkan RM90.00 seminggu x 4 RM360.00 x 12bulan = RM4,320.00 X 8 tahun=RM34,560.00)  akhirnya dia minta maaf dan bagi tiket lain sebagaimana site aku nak,  

Aku senang hati bukan kerana aku menang. Tapi senang hati dapat menegur sikit kelakuan kerani yang tak beretika.  Aduhai.. perkhidmatan Awam kita.. masih tercorot.....

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com