Ahad, 21 Oktober 2012
Sabtu, 20 Oktober 2012
KEBENARAN AES
AES: Mengupas
kebenaran
|
Timbul
pelbagai
isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak
beberapa
hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu
ini
dan menjadikannya persis sebuah sarkas.
Kenapa kita
begitu
kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan
jalanraya
setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna
jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?
Memandu
melebihi
had laju, melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan
garisan
dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu
yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita
semua.
Adakah kita
ini
semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang
tidak
bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita
kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk
kita semua?
Pertama
sekali,
AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara
membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika
Syarikat.
Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan
sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat
memberangsangkan.
Kita ambil
contoh
Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun
sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di
Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus
sementara
di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula
mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan
di
bawah pengawasan AES.
Sejak fasa
pertama
pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera
yang
telah dipasang di kawasan-kawasan "blackspot" di Perak, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah
63,558
kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.
Perangkaan ini
seharusnya mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik,
bukannya
untuk kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan
sedang cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah
pemandu yang
didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih
daripada
separuh sejak minggu lepas?
Pengguna-pengguna
jalanraya kini bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik
kerana mereka tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa
tinggi yang diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita. Kenapa ini
dianggap
sebagai sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?
|
Kelebihan-Kelebihan AES
Kita perlu
diingatkan sekali lagi tentang tujuan dan kelebihan-kelebihan sistem
ini.
AES membawa
banyak
kelebihan-kelebihan, selain daripada objektif utamanya untuk memastikan
keselamatan setiap pengguna-pengguna jalanraya. Eloklah kita diingatkan
bahawa
AES bukanlah sebuah sistem di mana kamera-kamera tersembunyi digunakan oleh
pegawai-pegawai
polis trafik yang terpaksa bersembunyi di celah semak samun sepanjang
lebuhraya-lebuhraya kita. Papan-papan tanda amaran diletakkan berdekatan
lokasi-lokasi AES untuk mengingatkan kita agar mematuhi undang-undang.
Gambar-gambar kenderaan serta nombor plet pesalah-pesalah akan diproses di
pusat kawalan AES dan akan diserahkan kepada JPJ untuk pengeluaran denda
atau
saman.
Apa yang
membingungkan lagi adalah sikap sesetengah anggota masyarakat yang menolak
AES
sedangkan ianya adalah sebuah sistem yang mengurangkan kebergantungan
terhadap
pihak polis dalam pengeluaran saman, ini bermakna kita dapat mengurangkan
atau
menghapuskan rasuah dalam kalangan anggota polis trafik. Bukankah ini apa
yang
kita aspirasikan bersama? Kita kerap menyelar pihak polis dan menuduh
mereka
mengamalkan rasuah, dan dengan tiba-tiba, kita menolak pula sebuah sistem
yang
mampu mengurangkan atau menghapuskan amalan rasuah. Kita menentang amalan
rasuah namun pada masa yang sama kita tidak berasa bersalah apabila kita
melanggar
undang-undang jalanraya?
Satu lagi
aspek
yang bagus tentang AES adalah ianya membantu mengurangkan jumlah kakitangan
yang melaksanakan tugas-tugas ini secara manual sebelum ini, sebagai contoh
pegawai-pegawai polis yang bersembunyi di celah semak-samun. Mereka boleh
ditugaskan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang lebih
membawa
nilai tambahan sebagai contoh membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di
sekitar bandaraya. Memang kita tidak suka diperhatikan sewaktu kita
memandu,
kita juga perlu tahu bahawa pegawai-pegawai polis itu pun tidak suka
bersembunyi untuk menangkap anda. Mereka juga ada tugas-tugas
lain.
AES
mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan trafik melalui sebuah sistem
yang
berfungsi 24 jam, di bawah setiap jenis cuaca atau keadaan. Ia juga tidak
mendiskriminasi, kerana tidak wujud sebarang interaksi peribadi di antara
sistem ini dan pesalah-pesalah, dan ia juga tidak mendiskriminasi antara
kenderaan-kenderaan persendirian, komersil mahukan awam.
AES juga
mensasar untuk
meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) dalam kalangan
pengguna-pengguna jalanraya Malaysia demi mengurangkan kadar kemalangan
jalanraya. Biasanya, kadar POBC dalam kalangan pengguna jalanraya tempatan
adalah 25 peratus pada hari-hari biasa dan 50 peratus pada musim-musim
perayaan
apabila kempen-kempen keselamatan jalanraya seperti Ops Sikap
dijalankan.
Di
negara-negara
maju di mana pengguna-pengguna jalanraya lebih berdisiplin dan
berpengetahuan,
kadar POBC mereka adalah di antara 80-90 peratus. Kita masih lagi jauh di
belakang, namun kita sedang berada di landasan yang betul. Kita tunggu dan
lihat saja apa akan berlaku apabila lebih banyak kamera lagi dipasang di
kesemua 817 kawasan-kawasan "blackspot" di seluruh negara.
|
Kenapa perlu kecoh?
Sesetengah
orang
mula memanggil AES sebagai "rompakan lebuhraya" dan ada juga yang
mahu nama sistem ini ditukar kepada "Saman 1-Malaysia." Ketua Menteri
Pulau Pinang menyifatkan AES sebagai satu alat untuk memeras rakyat demi
keuntungan dan bukannya berfungsi sebagai satu usaha pencegahan
kesalahan-kesalahan trafik.
Setiap
perniagaan
perlu mendapatkan keuntungan, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang
telah
mendapat kontrak pembekalan dan pengoperasian AES ini. Menurut Kementerian
Pengangkutan, pihak kerajaan tidak mengeluarkan walau satu sen pun untuk
AES
dan syarikat-syarikat tersebut perlu menanggung segala kosnya.
Sekiranya ini
benar, maka pihak syarikat perlu mendapatkan pinjaman dari
institusi-institusi
kewangan untuk membeli kamera-kamera serta teknologi ini, dan sama seperti
perniagaan lain, syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan pulangan dari
pelaburan mereka.
Tiada siapa
yang
membuat kecoh apabila MyeG Berhad mengenakan sedikit bayaran pemprosesan
untuk
memproses permohonan-permohonan online seperti saman trafik dan pembaharuan
lesen cukai jalan, jadi kenapa segelintir masyarakat menyuarakan kemarahan
mereka terhadap kerajaan dan dua buah syarikat ini sedangkan mereka sedang
menjalankan model perniagaan yang serupa?
Tidak perlu
ada
sebarang perbalahan tentang AES sekiranya kita mahu menjadi sebuah
masyarakat
yang bertamadun, berbudaya dan matang. Kita berharap dengan penuh keyakinan
agar dalam jangka panjang, AES akan berkesan dalam mengurangkan kadar
kemalangan maut, seperti mana yang terbukti di banyak negara-negara lain di
seluruh dunia.
Kini ada
kira-kira
20 juta kenderaan berdaftar di negara kita dan kadar kemalangan jalanraya
dan
kematian akibatnya semakin berkembang setiap tahun.
Memang tidak
dapat
kita nafikan bahawa pengeluaran saman-saman ini tidak mungkin akan dapat
membenteras pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab dari mendatangkan bahaya
kepada orang lain, namun sebarang usaha yang bertujuan untuk memastikan
jalanraya kita selamat digunakan haruslah sentiasa kita sokong.
Muhammad Shaahidullah Shayaa pernah menjadi
setiausaha
sulit kepada CEO Pemandu Idris Jala. Beliau kini sedang bercuti
sabatikal.
|
Rabu, 17 Oktober 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Batu Pahat-JB
I made this widget at MyFlashFetish.com.