TIP UTAMA - Apa sahaja situasi anda harus BERSEDIA,BUAT
KEPUTUSAN DAN BERTINDAK. Jangan panik. Jika panic tip apa pun tak
menjadi.
Panduan ini adalah untuk situasi betul betul cemas, jika
tidak ambil tindakan akibatnya nahas. Ada beberapa kaedah yang selalu
diamalkan. Berikut hanya satu cara;
1. Tutup pendikit dan jangan tarik klac. Kalau membrek
secara biasa bolehlah tarik tapi bagi situasi betul betul cemas tidak ada masa
untuk tarik klac malah jika klac ditarik ia akan membuat motosikal meluru
kedepan.
2. Tarik brek depan dan tekan brek belakang tetapi
pastikan belakang tidak membuang kerana situasi begini cukup senang bagi roda
belakang membuang. Sambil mengambil tindakan keatas brek kaki anda terus
bertindak menukar kepada gear rendah tanpa mengguna klac. Ini adalah kaedah mengguna
kuasa enjin untuk membrek. Jika anda berada di gear 5 misalnya tidak ada
masaalah tukar ke gear 3 atau dua tapi tukar satu gear demi satu gear.
3. Brek depan harus diguna lebih dari belakang. Jika
roda terkunci lepaskan brek seketika dan tekan kembali.
4.- Jika anda mengguna motosikal ringan seperti moto sport
alihkan badan anda kebelakang sedikit supaya memberi beban keatas tayar
belakang
.
Membrek cemas
diselekoh
Anda baru sahaja masuk selekoh dan didepan anda terdapat
halangan yang boleh membahayakan anda. Tindakan betul adalah untuk menegakan
moto anda dahulu sebelum tindakan membrek dilakukan.
Mengelak
Satu kelebihan motosikal adalah ia amat senang untuk
dikendalikan dan ini memungkinkan anda mengambil tindakan mengelak.
Mengelak atau membrek
Membrek bukanlah penyelesaian
masaalah.Membrek dapat membantu, jika tidak dapat mengelak, sekurang kurangnya
dapat mengurangkan kesan impak apabila bertembung.
Biasanya jika ada halangan tindakan
mengelak lebih baik dari membrek. Berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan
trainer boleh dikatakan semua penunggang pernah melakukan tindakan ini dan
ianya amat berkesan bagi mengelak halangan.
latihan yang berterusan boleh membantu anda menghadapi suasana ini.
latihan yang berterusan boleh membantu anda menghadapi suasana ini.