Selasa, 24 Disember 2013

KENAL PASTI KEROSAKAN KOTAK GEAR


KENAL PASTI KEROSAKAN KOTAK GEAR

          Kerosakan                                                                 Sebab-Sebab

1.  Kesukaran masuk Gear                                       Cara pengendalian tidak betul
                                                                                     Kerosakan pada gerigi gear/haus
                                                                                     Kerosakan pada klac

2.  Bunyi bising ketika pedal klac dilepaskan         Plat klac retak/haus
                                                                                     Klac bearing haus/pecah
                                                                                     Kekurangan minyak gear
                                                                                     ►Spring piring klac lemah/patah

3.  Kenderaan cenderong membelok kesatu         Tekanan angin tayar tidak sama arah
                                                                                    Penjajaran roda kurang tepat (Alligment)
                                                                                    ► Hub roda rosak/longgar
                                                                                    ► Diameter tayar depan tidak sama

4.  Terlalu banyak free play pada stering                ►Tie-rod haus
                                                                                    Gear pada batang stering haus
                                                                                    ►Bearing roda depan longgar
                                                                                    ►Bolt pengikat kotak gear pada rod                                                                                stering longgar

5.  Stering berat                                                        Tekanan tayar rendah (kurang angin)
                                                                                    Kebocoran minyak dlm kotak gear stering
                                                                                    Pelarasan gear rod stering kurang tepat
 

Khamis, 12 Disember 2013

TEKS MC- PRG SATU KOMUNITI SATU JPJ(SKSJ) BIL 3/2013



TEKS MC
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ (SKSJ)
DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN KUBUR 1
TUMPAT, KELANTAN.

12 DISEMBER 2013 (KHAMIS)
____________________________________________________________

MC/skrip  : PPP MAHMOOD BIN AWG KECHIK
                      Bahagian Pematuhan
                     JPJ Negeri Kelantan

Ketibaan Dato KP
Di iringi paluan Rebana Ubi / Bunga Manggar
Persembahan Silat
( Di luar Dewan )




KP berjalan masuk ke Dewan

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN PARA HADIRIN YANG DI HORMATI SEKELIAN

MENGUMUMKAN KETIBAAN
YANG BERBAHAGIA 
DATO’ SRI ISMAIL BIN AHMAD,
KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN - JPJ MALAYSIA


DIIRINGI BERSAMA OLEH

YANG BERBAHAGIA
DATO’  ARIFIN BIN CHE MAT
TIMBALAN KETUA PENGARAH  (PENGURUSAN)
 JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)  MALAYSIA

Nyanyian Lagu Negaraku  ( semua berdiri )

Semua hadirin duduk/
Kumpulan Dikir Barat Mengambil tempat di atas pentas

DATO SRI  DAN PARA HADIRIN YANG DI HORMATI SEKELIAN.

Memulakan majlis pada pagi ini marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan Dikir Barat dari Kumpulan SANGGAR BUDAYA, KG BANGGUL GELANG MAS PASIR MAS KELANTAN                                                                     .      Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

( 30 minit )


Terima kasih kepada Kumpulan SANGGAR BUDAYA, KG BANGGUL GELANG MAS PASIR MAS KELANTAN   di atas Persembahan Dikir Barat tadi.

VVIP MENGAMBIL TEMPAT DI ATAS PENTAS








Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismillahirahmanirrahim

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
YANG BERBAHAGIA  DATO’ SRI ISMAIL BIN AHMAD
KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN – JPJ MALAYSIA

YANG BERBAHAGIA
DATO’  ARIFIN BIN CHE MAT
TIMBALAN KETUA PENGARAH  (PENGURUSAN)
 JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)  MALAYSIA


Yang Di Hormati EN CHE SAIDIN BIN LOMAN yang mewakili
Yang Berhormat DATO’ HJ NOOR ZAHIDI BIN HJ OMAR.
Ahli Dewan Undangan Negeri PENGKALAN KUBUR.

Yang Amat Berusaha
Tuan Haji Abd. Ghani Bin Che Kasim,
Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan , Negeri Kelantan

Yang Amat Berusaha
Tuan Ahmad Musaddat Hj Sulaiman
Pengarah Bahagian Pelesenan Ibu Pejabat JPJ Putra Jaya

Pengarah Bahagian JPJ Ibu Pejabat dan Negeri
Pegawai-Pegawai Kanan JPJ Bahagian Ibu Pejabat dan JPJ  Kelantan,

Yang Berusaha
Tuan Hj Mohd Sobri Bin Romli
Ketua Jajahan Tumpat

Yang Setia
SUPT Zaharudin Bin Rasif
Ketua Polis Daerah Tumpat

Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri
Yang Dihormati WAKIL-WAKIL MEDIA MASSA

Yang Dihormati En Wan Ab Halim Bin Wan Mamat
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat
            
Yang Berusaha Penggawa Daerah

Penyelia-Penyelia Pembangunan Mukim

seterusnya
Yang Dihormati Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta para peserta SKSJ Sekalian.

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah SWT kerana kerana dengan limpah dan kurniaNya  dapat kita hadir, berhimpun, berkumpul di Dewan Sek Keb. Pengkalan Kubur 1 Tumpat, Di Negeri Kelantan pada hari ini bagi menjayakan

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ (SKSJ) Tahun 2013
DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN KUBUR 1
DALAM DAERAH TUMAPT, KELANTAN.

Bagi memberkati majlis ini majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan  Ustaz Abd Razak Bin Hussin  Imam Muda Masjid Mukim Ketil Pkl Kubur  untuk memimpin Bacaan Doa.  Di persilakan.
          (35 minit ).



DATO’ SRI DAN  PARA HADIRIN HADIRAT YANG DI HORMATI SEKELIAN.

 MAJLIS PERASMIAN PENUTUP, PROGRAM SATU KOMUNITI SATU
JPJ (SKSJ) di teruskan dengan menjemput dan mempersilakan
Yang Di Hormati EN CHE SAIDIN BIN LOMAN yang mewakili
Yang Berhormat DATO’ HJ NOOR ZAHIDI BIN HJ OMAR.
Ahli Dewan Undangan Negeri PENGKALAN KUBUR.

untuk menyampaikan Ucapan Alu aluan.
Di persilakan        
 ( 30 minit)

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih di atas ucapan alu aluan
Oleh  EN CHE SAIDIN BIN LOMAN

DATO’ SRI DAN  PARA HADIRIN HADIRAT YANG DI HORMATI SEKELIAN

Kini tibalah masanya,  saat yang dinantikan. Mendengar Ucapan Perasmian dan amanat. Majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan

YANG BERBAHAGIA  
DATO’ SRI ISMAIL BIN AHMAD
KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA untuk menyampai Ucapan dan seterusnya menyempurnakan PERASMIAN PENUTUP, PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ Tahun 2013. Dipersilakan Yang Berbahagia Dato’SRI
( 60 minit )


Bagi menyempurnakan upacara tersebut majlis menjemput dan mempersilakan Ybhg. Dato Sri untuk membuat paluan Gong


[PALUAN GONG]

Dengan Paluan Gong tadi maka terasmilah PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ (SKSJ)  Tahun 2013.

Terima kasih diatas segala Ucapan Amanat dan kesudian Yang Berbahgia Dato’ Sri merasmikan program SKSJ Bil 2 Tahun 2013 pada kali ini.


PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA

Untuk makluman DATO’SRI DAN  PARA HADIRIN YANG DI HORMATI SEKELIAN. PERTANDINGAN MEWARNA telah berlangsung pagi tadi .  Untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada peserta yang berjaya  Majlis dengan segala hormatnya menjemput  EN CHE SAIDIN BIN LOMAN  untuk menyampaikan hadiah. Di persilakan..

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Tahniah dan syabas kepada yang Berjaya manakala yang tak Berjaya jangan putus asa.. cuba lagi di masa akan datang.



PENYAMPAIAN REPLIKA LESEN MEMANDU PERCUBAAN (P) MOTOSIKAL KELAS B2 & TOPI KELEDAR

DATO’SRI , DAN HADIRIN YANG DI HORMATI SEKALIAN

Sampailah masa yang di tunggu-tunggu terutama Peserta peserta Program SKSJ untuk menerima lesen memandu Percubaan (P) Motosikal Kelas B2.

Untuk menyempurnakannya,  majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan 

Yang Berbahagia Dato TKP
Yang Berusaha
Tuan Haji Abd. Ghani Bin Che Kasim,

Yang Di Hormati EN CHE SAIDIN BIN LOMAN
         dan,
Tn Hj Mohd Sobri Bin Romli

untuk menjemput dan mengiringi

YANG BERBAHAGIA  
DATO’ ISMAIL BIN AHMAD
KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
Bagi menyampaikan Replika Lesen Memandu (P) dan pemakaian Topi
Keledar kepada peserta terpilih:-



Mewakili para peserta di persila naik kepentas

[Biodata di sediakan oleh Urusetia}

1
2
3
4
5

Tahniah dan syabas kepada peserta yang telah Berjaya memperolehi Lesen Memandu masing-masing. Semoga tuan puan menjadi penunggang yang selamat sepanjang hayat. Dan Terima KASIH kepada YANG BERBAHAGIA  DATO’ SRI KP atas kesudian menyampaikan Lesen Memandu Percubaan


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP, PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ (SKSJ) di teruskan kan dengan acara Penyampaian Cenderahati .

PANTUN
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati

Untuk itu Majlis menjemput dan mempersilakan

Yang Berusaha Tuan Haji Abd. Ghani Bin Che Kasim,
Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Negeri Kelantan
Untuk menyempurnakannya.. .. Dipersilakan.


Dipersila kan
1 Ybhg. Dato Sri KP
2  En Che Saidin Bin Loman

Yang Berhormat Dato Hj Noor Zahidi Hj Omar juga ingin member cenderahati kenang kenangan .

Di persilakan
1.   Dato Sri KP
2.   Dato TKP
3.   Pgh JPJ Kelantan


Dengan penyampaian Cenderahati itu tadi maka berakhirlah 
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ (SKSJ) Tahun 2013

saya pihak Urusetia Majlis merakamkan Penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Saya jua memohon maaf jika ada tersilap kata, tersasur bahasa semasa saya mengendalikan majlis ini.



Akhir saya bagi pihak Majlis  menjemput DATO’SRI , TUAN-TUAN,PUAN-PUAN TETAMU TERHORMAT untuk Sama-sama melawat ke Gerai-gerai Pameran yang sediakan. MANAKALA para peserta Program diminta berada dalam Dewan ini untuk aturcara berikutnya.


KOLEKSI PANTUN

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu


Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas bolh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Terima kasih daun keladi,
kerana sudi menolong kami,
kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.


Buah pauh mari di kerat
Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat
Selamat datang kami ucapkan

Teratak tua dipohon duku
Pagar berjenis dari Sikamat
Merafak doa memohon restu
Agar majlis berkat selamat




C:/dsk/teks mc sksj-Pengkalan Kubur.doc/md

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com