Ahad, 12 Julai 2020
Sabtu, 11 Julai 2020
Memandu - Bertindak Mengikut Situasi
Pemandu yang berhemat adalah pemandu
yang mengawal kereta dan bukannya kereta yang mengawal pemandu. Kawalan kereta terletak
sepenuhnya pada anda. Oleh itu gunakan sebaiknya segala fungsi yang ada pada
kereta.
Memberi isyarat adalah sangat
mustahak semasa memandu kerana ianya akan menyampaikan hasrat anda kepada
pemandu lain dan membolehkannya mengambil tindakan sewajarnya. Anda sekali-kali jangan lupa memberikan
isyarat sewaktu hendak membelok untuk keluar masuk simpang, memotong dan
menukar lorong. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi dan memeriksa “Blind
Spot” sebelum menukar sebarang haluan kenderaan anda.
Adalah sangat mustahak anda
melatih diri untuk menjangka apa yang berlaku di hadapan dan sekeliling anda. Banyak
kemalangan berlaku kerana kegagalan pemandu menjangkakan halangan yang ada. Bayangkan
bagaimana pemandu boleh melanggar sebuah lori trailler yang berhenti rosak di
bahu jalan. Anda perlu fokus dan memandang jauh kehadapan. Kebolehan anda
mengenaspasti halangan, kebijaksanaan menganalisa menentukan hasil tindakan
anda. Kegagalan anda melakukan ini boleh mengundang padah.
Kelajuan yang sesuai adalah
kelajuan yang di tetapkan oleh pihak berkuasa. Walaubagaimana pun kelajuan
sebenar dan sesuai di tentukan oleh anda sendiri. Anda perlu mempertimbangkan
kelajuan yang anda pilih. Faktor kemampuan anda, kenderaan, permukaan jalan,
cuaca dan hadlaju yang di tetapkan oleh pihak berkuasa mesti di ambil kira
dalam memilih kelajuan.
Anda harus ingat bahawa kita
berkongsi menggunakan jalan raya ini. Sikap berhemat dan toleransi diantara
kita pengguna jalan raya menjadikan kita semua selamat sepanjang hayat.
PM
Langgan:
Catatan (Atom)
Batu Pahat-JB
I made this widget at MyFlashFetish.com.