Khamis, 25 Disember 2008

TIP-UJIAN JPJ MENDAKI BUKIT


Ramai calon gagal ujian memandu semasa ujian mendaki bukit walaupun telah beberapa kali menjalani ujian tersebut. Saya ada beberapa teknik yang mungkin boleh membantu anda. Ingat! Bila nama anda di panggil oleh Pegawai Penguji, bergeraklah dengan tenang ke kenderaan ujian. Masuk dalam kenderaan dan amalkan kaedah 7B:-

1. BERSEDIA

Tentukan anda benar-benar telah bersedia. Betulkan tempat duduk. Kedudukan yang betul membolehkan anda dapat memegang stering dan menekan pedal brek, clutch dan minyak dengan sempurna.


2. BERINTRAKSI
Anda harus berintraksi dengan kenderaan anda. Anda boleh menggunakan pancaindera anda untuk mendengar deruman enjin kenderaan anda. Kegagalan anda menilai tahap kekuatan enjin bererti anda juga gagal menilai kekuatan pecutan kenderaan anda.

Anda mesti juga berintraksi dengan Pegawai Penguji yang berada di atas bukit. Nyatakan dengan cara tertentu yang anda telah bersedia, dan tunggu arahan dari Pegawai Penguji.

3. BERGERAK BERTERUSAN
Apabila Pegawai Penguji mengarahkan anda bergerak, maka memandulah dengan tenang dan yakin. Ingat! anda hendaklah memandu secara berterusan dari mula hingga anda berhenti di atas garisan kuning di puncak bukit

4. BERMULA
Anda pasti tidak ada masalah melakukan pergerakan ini jika anda mendapat latihan yang cukup. Calun yang mahir dapat melaksanakan pergerakan ini dalam masa 1 minit sahaja walau pun masa yang dibenarkan 3 minit. Masa mula di kira apabila kedua-dua tayar hadapan mencecah garisan permulaan ujian ( 25 kaki), dan masa tamat ialah apabila keseluruhan badan kenderaan melepasi garisan kuning di puncak bukit.

5. BERRHENTI
Anda hendaklah memandu secara berterusan dari mula hingga anda berhenti dengan kedudukan tayar hadapan di atas garisan kuning di puncak bukit. Anda hendaklah pastikan bahawa kedudukan kedua-dua belah tayar hadapan anda berada di atas garisan kuning. Anda harus memilih kedudukan yang sesuai samaada kedudukan 50% bawah, 75% bawah, 100% , 75% atas atau 50% atas. Kedudukan yang baik ialah 75% atas dimana anda mempunyai ruang yang selamat jika kenderaan anda terundur sedikit semasa bergerak semula.

6. BERSIAP SEDIA
Apabila anda telah berpuashati dengan pilihan kedudukan kenderaan, tarik brek tangan,lepaskan clucth secara perlahan-lahan dan rasa kenderaan anda. Jika kenderaan anda tidak mengundur ia menunjukkan brek tangan berfungsi. Bebaskan gear dan menjenguk keluar melihat kedudukan tayar adalah betul sebagaimana yang di kehendaki. Jika anda berpuas hati dengan kedudukan kenderaan tersebut anda hendaklah mengangkat tangan memberitahu Pegawai Penguji untuk mendapat arahan bergerak semula.

MUSTAHAK-Jangan mengangkat tangan sebelum anda pastikan kedudukan tayar kenderaan berada di tempat yang betul.Jika anda dapati kedudukan tayar kenderaan anda tidak betul anda boleh memohon dengan Pegawai Penguji untuk melakukan cubaan yang kedua sebaliknya jika anda telah mengangkat tangan maka anda tidak mempunyai peluang untuk melakukan percubaan yang kedua.


7. BERGERAK SEMULA
Apabila anda mendapat arahan dari Pegawai Penguji untuk bergerak semula maka ingatlah pertimbangan yang mesti anda lakukan. Anda mesti mahir mengimbang pedal minyak dan clucth, menggunakanbrek kaki dan melepaskan kekunci brek tangan dalam masa yang sama. Ingat! Kunci utama ialah latihan yang cukup.

PERHATIAN :- JIKA ANDA TIDAK YAKIN UNTUK MENJALANI UJIAN. DAPATKAN TIP SETERUSNYA CALL 019 9586569

Isnin, 8 Disember 2008

Mengantuk membawa padah






Sikap pemandu kita yang di syaki mengantuk semasa memandu mengundang padah.....10 maut..17 kritikal..

MUAR : Kemalangan berlaku di KM 146.8 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Selatan jam lebihkurang 2:15 pagi pada 07-12-2008, melibatkan Bas Ekspress yang dalam perjalanan dari Setiawan,Perak ke Singapura.

Bas ekspress ini membawa 26 penumpang , akibat kemalangan menyebabkan 7 penumpang maut ditempat kejadian dan 3 mati dihospital, 17 dirawat dihospital Muar dan seorang kritikal dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Maut melibatkan 6 perempuan dan 4 lelaki, semuanya berbangsa Cina.

Jumaat, 5 Disember 2008

TALI PINGGANG KELEDAR

1.1.2009 Tali pinggang keledar wajib dipakai oleh penumpang yang berada dibelakang. Adakah kita setuju memakainya atas kesedaran betapa pentingnya keselamatan, atau semata-mata bimbang dan takut kepada penguatkuasaan undang-undang... nyatakan komen dan sikap anda disini...?

Jumaat, 21 November 2008

SIKAP KITA BILA NAK BERUBAH..?


Adakah kita pernah terfikir apa yang kita lakukan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kita sebenarnya berkongsi jalan raya dengan pengguna yang lain. Kesilapan kita bukan saja kita saja yang menerima risikonya tetapi ianya mengundang padah kepada orang lain. Berfikir secara baik dan bertindaklah secara bijak demi keselamatan kita semua. Pengguna bijak jalan raya selamat.

Khamis, 13 November 2008

Sikap kita menjamin keselamatan bersama


Melaka. Seramai 680 orang anggota penguatkuatkuasa baru Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia tamat latihan Kursus Asas dan Induksi . Perbarisan tamat latihan diadakan di Stadium Hang Jebat yang perasmiannya di sempurnakan oleh TKSU Kementerian Pengangkutan Malaysia.Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia dan Pengarah-Pengarah JPJ Negeri. Ikrar dan janji telah dilafazkan oleh anggota pasukan ini bagi memastikan jalan raya kita adalah jalan raya yang selamat. Sebagai pengguna harus melihat bahawa ikrar ini sebagai isyarat bahawa jabatan berkenaan tidak bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang sering melakukan kesalahan. Mari sama-sama kita ubah sikap kita dengan cara mematuhi semua peraturan jalan raya. Jadilah pemandu yang selamat sepanjang hayat.

Selasa, 11 November 2008

Sikap dan Pendirian Anda




Apa sikap dan pendirian anda mengenai perkara ini. siapa yang harus dipersalahkan. Agensi penguatkuasaan ke ? sikap pengguna itu sendiri ke?... atau siapa harus bertanggungjawab.

Jumaat, 7 November 2008

KEMALANGAN - TRAGEDI ATAU DICARI?

“Sebaik enjin dihidupkan, saya tertekan pedal minyak lalu kereta terus meluncur laju ke hadapan. Ketika itu, saya terdengar bunyi hentakan tanpa menyedari suami berada di bawah kereta. "
“Saya menukar gear untuk berundur tapi mendapati kereta agak berat untuk berundur seolah-olah tersangkut sesuatu. Saya kemudian terdengar suara suami sedang mengerang kesakitan dengan kepala berlumuran darah,”
kata Che Su Hashim, 56. Suaminya, Salim Sidek, 58, peneroka Felda Chuping Kangar, meninggal dunia selepas dilanggar kereta dipandu Che Su kira-kira jam 7.45 pagi.

Ahad, 26 Oktober 2008

PENJANA JALAN RAYA


Kursus Pensjilan Sijil Pengajar Institusi Memandu (SPIM) yang di anjurkan oleh Jabatan Kerajaan yang bertanggung jawab mengenai latihan dan pelesenan pemandu adalah bertanggungjawab melahirkan sekumpulan tenaga pengajar mahir yang bertujuan melatih bakal-bakal pemandu di jalan raya. Kursus selama satu minggu ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali. Diakhir kursus para peserta dikehendaki menduduki ujian teori dan amali sebelum layak di tauliahkan sebagai Pengajar Institusi Memandu.

(gambar- sebahagian dari 50 peserta yang mengikuti Kursus Spim yang diadakan di Demong Beach Resort,Besut,Terengganu pada 20 - 26/10/08)

Khamis, 16 Oktober 2008

KAWAL STREES ANDA SEMASA MEMANDU



Stress membawa maksud tekanan atau tegang. Umunnya terbahagi kepada 2 bentuk. Pertama, tekanan positif iaitu apa-apa tekanan yang diterima menyebabkan kita rasa senang hati, riang dan gembira. manakala tekanan negetif berlaku sebaliknya dimana kita merasa susah hati, tidak tenteram dan sebagainya.


Memandu dalam keadaan stress negetif boleh menyebabkan pemerhatian yang kacau dan boleh melahirkan perilaku yang agresif. Anda akan lebih mudah melakukan kesalahan lalulintas jika dibandingkan dengan keadaan anda yang relex dan stabil. Risiko anda terlibat dengan kemalangan lebih tinggi jika anda memandu dalam keadaan stress.


Dalam pemanduan ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan berlakunya stress negetif, antaranya ialah:-
  • Pemandu dan segala permasalahan peribadinya
  • Keadaan jalan yang tak sempurna
  • Keadaan lalulintas yang sibuk
  • Cuaca yang tak menentu
  • Gangguan Cahaya dan Bunyi
  • Kenderaan yang banyak, rosak,meletak tepi jalan dll
  • Tempoh dan jarak memandu yang tak sesuai
  • Sekatan pemeriksaan jalan raya yang tak perlu

Harus anda ingat bahawa stress ini mesti dikawal semasa anda memandu. Pemandu mahir akan bertindak segera mengawal situasi ini supaya pemanduan lebih selamat dan selesa.

Bagaimana anda hendak mengesan stress semasa memandu?.

Stress ini terbahagi kepada 3 peringkat:-



Peringkat 1- Amaran Bahaya (Alarm) Peringkat ini juga disebut sebagai gangguan kecil semasa memandu. Harus dingat bahawa gangguan-gangguan kecil ini jika tidak di kawal akan menjadi kepada gangguan yang lebih besar. Ianya akan menjejaskan pemerhatian dan menurunkan graf kemahiran memandu anda.Pemandu mahir mempunyai pemerhatian yang teliti, pertimbangan yang cepat dan tahu mengambil tindakan yang betul walau pun halangan tiba-tiba muncul diluar jangka. Pendek kata pemandu mahir tahu bila, bagaimana, dan apa yang hendak dilakukan semasa memandu. Ia mampu bertindak mengawal keadaan dan dapat meneruskan pemanduan dengan selamat.



Peringkat 2 - Rintangan(Resistance) Peringkat ini disebut sebagai peringkat berlakunya penentangan secara bersilang antara kehendak,kemahiran dan undang-undang. Tekanan mental dan fizikal silih berganti. Namun pemandu masih lagi berupaya mengawal keadaan dan boleh meneruskan perjalanan



Peringkat 3-(Exhaustion) Diperingkat ini pemandu mengalami tekanan mental dan fizikal secara berterusan yang akhirnya ia gagal mengawal keadaan. Jika ini berlaku tindakannya yang terbaik ialah memberhentikan kenderaan dan kembali memandu semula apabila stress ini dapat dikawal.



TIP-TIP UNTUK MENGAWAL STRESS SEMASA MEMANDU

  • Rehatkan fikiran, •rehatkan tubuh badan anda. Pastikan kedudukan badan anda adalah betul semasa memandu. Kedudukan badan terlalu dekat atau terlalu jauh dengan stereng memberi kesan kepada pemanduan.

  • Lontarkan pandangan kepada persekitaran yang segar semasa memandu.Segarkan mata anda. Anda hendaklah mengatur pergerakan mata anda untuk melihat cermin sisi kanan/kiri dan cermin pandang belakang secara bersistemetik. Anggaplah pergerakan ini sebagai latihan mata supaya tidak mudah mengantuk atau mudah terlelap.

  • Selepas memandu dalam tempoh tertentu, anda berhenti sekejap ditempat yang selamat, turun dari kenderaan dan buat pergerakan ringkas. Contoh:-Jika anda berhenti mengisi minyak, jangan malas keluar dari kenderaan. Anda hendaklah keluar dari kenderaan dimana pergerakan anda nanti akan memberi kesegaran semula.

  • Rancang perjalanan. Pastikan rehat dan tidur mesti cukup. Harus diingat bahawa ubat mengantuk yang paling mujarab sekali ialah tidur. Jangan sekali-kali makan pil elak mengantuk kerana anda akan memandu dalam keadaan mata celik tetapi hati tidur.

  • Mempunyai teman semasa memandu. Dengan berteman, anda boleh berbual.Jika teman anda kaki tidur, anda boleh sekalisekala menjeling bagaimana teman anda tidur kerana salah satu kaedah untuk mengelakkan dari mengantuk ialah melihat perlakuan orang tidur. Anda juga boleh bertemankan radio rangkaian kegemaran anda.

  • Mengamalkan permakanan yang betul. Terlalu kenyang akan menyebabkan anda lemah dan ingin rehat dan tidur.

  • Menciptalah sesuatu yang boleh menceriakan semasa memandu dan anggaplah pemanduan ini adalah pemanduan yang sempurna. Jangan sekali-sekali bertindakbalas kepada kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lain. Pemandu mahir mesti boleh mengawal keadaan dan tidak mudah terjebak dengan kesalahan lalulintas.

  • Lakukan SEX pada setiap masa.Ini adalah kunci utama untuk mengelakkan stress semasa memandu. (S-Smile-SENYUM, E-Energy-BERSEMANGAT/BERTENAGA dan X-X'CITMENT/SERONOK )

  • Mengambil pendekatan Agama. Orang yang tenang adalah orang yang dapat menghayati tuntutan agama
http://pandumolek.blogstarz.my
http://pandumolek.blogspot.com

Jumaat, 10 Oktober 2008

Kawal kereta anda - bukan kereta kawal anda!


Dalam pemanduan, teknik pengawalan kereta adalah perkara yang penting. Kesalahan dan gangguan kecil jika tidak dikawal akan menyebabkan berlakunya gangguan yang lebih besar yang akhirnya akan berlaku kemalangan.

Jika anda ingin menjadi pemandu yang baik dan berkemahiran anda harus belajar dan berlatih mengawal kereta anda. Banyak kes yang kita dengar kemalangan berlaku akibat daripada hilang kawalan.. Kehilangan kawalan terhadap kenderaan boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung.



  • Kehilangan kawalan secara langsung

Ianya terjadi apabila pemandu mendapati mustahil untuk bertindak balas dengan betul pada saat kecemasan disebabkan kegagalannya untuk mengenalpasti, menjangka, membuat keputusan dan bertindak tepat dan betul pada masanya.


  • Kehilangan kawalan tidak langsung
Faktor seperti brek, tayar yang tidak sempurna dan gangguan kecil yang lain boleh menyumbang kepada kehilangan kawalan. Walau bagaimana pun jika anda mahir memandu, sebagai pemandu mahir anda boleh mengenalpasti halangan dan bertindak dengan tenang dan baik walaupun dalam keadaan kecemasan.


  • Pengendalian kereta pemandu mahir
Ciri-ciri pengendalian kereta yang mahir boleh bertindak balas mengikut perlakuan kereta yang dipandunya. Antara daripada ciri-ciri yang terpenting dalam pengendalian kereta adalah "Understeer" dan "Oversteer".


  • Understeer
Istilah yang membawa maksud Gilinciran Roda Hadapan. Pada saya ia merupakan kes yang ekstrem. Ini biasanya berlaku diselekoh, apabila stereng dipusingkan untuk membelok, pedal minyak ditekan anda akan berasa kenderaan anda melawan tindakbalas tersebut. Apabila pedal minyak diangkat, anda akan dapati bahagian hadapan kenderaan akan terperosok atau tergelincir ke satu sudut.


Tindakan penyelesaian.



Pusing stereng ke arah yang sebenar,kurangkan kelajuan dan gunakan brek jika perlu


  • Oversteer
Istilah yang membawa maksud Gilinciran Roda Belakang.Ianya adalah reaksi yang berlawanan dengan understeer. Gilinciran ini semakin kuat apabila semakin laju kenderaan yang dipandu dan tekanan yang kasar terhadap streng. Umumnya kenderaan yang menggunakan pacuan roda belakang sangat cenderung kepada oversteer apabila pedal minyak ditekan.

Tindakan Pengawalan

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk mengambil tindakan

  • untuk pacuan roda belakang, kurangkan kelajuan(angkat pedal minyak)dan ambil lengkongan yang jauh.Pusingkan stereng ke arah bertentangan
  • untuk pacuan roda hadapan ialah angkat pedal minyak , brek dan tambah kelajuan

PILIHAN TINDAKAN PENYELESAIAN TERBAIK BAGI KEDUA-DUANYA


Understeer dan Oversteer biasanya berlaku di selekoh. Semasa diselekoh anda harus ingat bahawa kedudukan tayar hadapan dan belakang kenderaan anda tidak selari. Kedudukan tayar hadapan condong manakala tayar hadapan menegak. Apabila tindakan memperlahan kenderaan berlaku, tolakan atau memantum belakang akan menolak kehadapan. Pengawalan antara minyak, stering, keupayaan kenderaan, kedudukan jalan, keupayaan pemandu yang tidak seimbang adalah faktor utama sebagai penentu kejadian.

Langkah pertama. Perlahankan kenderaan. Harus dingat kenderaan lebih senang dikawal jika kelajuannya dapat dikawal.

Kedua, ambil tindakan pusing stering supaya kedudukan tayar hadapan adalah selari dengan tayar belakang. langkah ini membolehkan tayar hadapan mendapat cengkaman semula pada permukaan jalan. Apabila tayar hadapan mendapat cengkaman barulah anda memusingkan balik mengikut kemahuan dan dapat mengawal dengan baik.

Akhir sekali pemandu yang mahir akan dapat menilai dan mengarahkan kenderaannya mengikut apa yang dikehendaki dengan lebih tepat kerana andalah yang sebenarnya mengawal kenderaan tersebut.

Isnin, 6 Oktober 2008

Memotong apabila selamat

Sebelum membuat tindakan memotong kenderaan lain anda hendaklah mempertimbangkan dulu beberapa perkara. Tanya diri anda :- ????
  • adakah perlu anda memotong kenderaan dihadapan
  • adakah anda rasa tidak selamat mengekori kenderaan di hadapan
  • adakah anda rasa tidak selesa mengekori kendeaan di hadapan
  • adakah anda mengamalkan jarak mengekori yang selamat
  • adakah anda mengamalkan 10 langkah peraturan memotong
  • adakah kenderaan anda mempunyai kelajuan yang cukup untuk memotong, dan
  • adakah anda mempunyai ruang yang selamat semasa dan selepas memotong

Seringkali semasa sedang memotong kenderaan lain tiba-tiba datang kenderaan dari arah hadapan sedangkan anda berada dilorongnya. Anda akan jadi resah bilamana kenderaan anda tidak cukup kelajuan dan anda tidak ada ruang untuk masuk dihadapan kenderaan yang dipotong dengan selamat. Keadaan ini menjadikan kawalan stereng anda sama dengan fikiran anda..kalut! Tindakan kasar kepada stereng boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Kemalangan maut pasti terjadi kerana ruang yang ada sangat terhad.

Jumaat, 3 Oktober 2008

Mematuhi Had Laju

Umumnya 3 had laju utama yang mesti dipatuhi oleh pemandu. Pertama, had laju di lebuh raya 110km/j. kedua, had laju kebangsaan 90km/j dan ketiga had laju tempatan (bergantung pada tempat-tempat tertentu). Ramai yang mengetahui bahawa memandu hendaklah tidak boleh melebihi had laju yang telah ditetapkan tetapi bagaimana jika ada pemandu memandu 60km/j di jalan persekutuan. Walau pun tindakan ini tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi tindakan sebegini akan mendorong berlakunya kesalahan lalulintas. Memandu perlahan akan menyebabkan berlakunya deretan kenderaan yang mengekori dibelakangnya. Kenderaan dibelakang pasti akan cuba memotong walaupun dalam keadaan yang merbahaya. Oleh itu tindakan anda ialah - semasa memandu anda hendaklah sentiasa melihat cermin pandang belakang, jika ada deretan kenderaan dibelakang- menunjukkan kelajuan anda tidak sesuai, anda hendaklah memberi ruang dan membenarkan kenderaan dibelakang anda memotong dengan selamat.

Rabu, 1 Oktober 2008

Sikap cepat berubah, Mental lemah, Budaya merosot

Memandu adalah suatu seni yang terbentuk melalui proses semulajadi, pembelajaran dan pengalaman. Kenapa kita dalam suatu keadaan boleh bersabar tetapi bila kita memandu dijalan raya sikap kita tidak konsisten, kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. Ini menunjukkan bahawa mental kita sangat lemah. Keinginan untuk melawan arus lebih tinggi berbanding keinginan untuk mengelakkan kemalangan. Pada hal jika kemalangan berlaku tiada sesiapa yang mendapat keuntungan. Yang mendapat keuntungan dari kemalangan ini ialah pemilik trak tunda dan bengkel kenderaan. Yang rugi masa, wang dan nyawa ialah kita iaitu pemandu. Jika kita semua ada kekuatan mental, pemanduan kita akan lebih sempurna dan budaya memandu rakyat kita adalah pemandu selamat sepanjang hayat.

Isnin, 29 September 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


  • Saya ingin mengucapkan selamat hari raya. Maaf Zahir Batin kepada :-

    Jurulatih Memandu Berkelayakan bagi Pensijilan Pegawai Penguji Berkelakan JPJ Malaysia. (gambar)

    Rakan-rakan TOT/CDL/LV. Rakan-rakan SPIM/QTI yang berada di seluruh Malaysia.

    Rakan-rakan karib- saudara Tasikan Yusuf Kelantan FM,Tengku Asari, Amran Jab. laut, C. Abdulllah dan rakan-rakan yang mengenali yang tak tercatit dalam laman ini.

    Teristimewa kepada ahli keluargaku yang sentiasa bersabar.













Maaf Bahir Batin.

Benarkah sikap pemandu kita sukar diubah

Aidil fitri hampir sampai ke kemuncak. Lusa adalah perayaan yang besar bagi umat islam. Semua yang ada di perantauan akan balik ke kampung. Semada memandu kenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan perkhidmatan awam menjadikan jalan raya semakin sesak. Masing-masing ingin balik ke halaman sendiri.


Yang pasti kemalangan tetap berlaku. Benar kata orang, kita tidak boleh mengharap selama-lama kepada operasi pemantauan JPJ dan Polis untuk mengawasi sikap pemandu bagi mengawal kemalangan jalan raya. Pemandu di negara kita harus mengubah sikap. Kita jangan hanya mengikut dan perihatin dengan peraturan dan undang-undang apabila ada kelibat anggota penguatkuasa. Kita harus melihat dan mematuhi peraturan dan undang-undang setiap masa demi kebaikan dan keselamatan kita semua. Memang sukar untuk berubah tapi ia bukan suatu perkara yang mustahil dilaksanakan. Kerja yang susah akan jadi senang jika ada kemahuan dan kesedaran. Pemandu yang kompenten adalah pemandu yang ada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif. Sikap kita adalah identiti kita.

Jumaat, 26 September 2008

Sesuaikah jarak kenderaan anda?

Semasa memandu anda perlu perhatikan jarak kenderaan anda. Jarak mengekori, di ekori dan dengan kenderaan yang berhenti di bahu jalan adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
  • Jika anda mengekori kenderaan hadapan anda hendaklah mengekori dalam jarak yang sesuai. Asasnya semakin laju kenderaan dipandu semakin jauh jarak mengekori anda. Pentingnya jika kenderaan dihapadan membrek secara tiba-tiba anda mempunyai masa dan ruang untuk membrek dan memberhentikan kenderaan anda dengan selesa dan selamat.
  • Anda juga harus melihat dan mampu mengagak jarak kenderaan yang mengekori kenderaan anda. Anda mungkin tidak merasa selesa dan selamat jika anda diekori oleh kenderaan dari belakang terlalu rapat. Anda lebih selamat jika membenarkan kenderaan dibelakang memotong kenderaan anda. Jika ia masih tidak mahu memotong kenderaan anda, anda juga boleh menggunakan brek secara berirama iaitu dengan cara menekan pedal brek secara tekan & lepas. Setiap kali brek di tekan dan di lepaskan lampu brek dan lampu brek ketiga akan menyala. Teknik ini digunakan untuk memberitahu pemandu kenderaan dibelakang mengenai ketidakselesaan anda. Ia juga akan memaksa pemandu kenderaan dibelakang memperlahankan kenderaannya. Teknik ini juga akan menyebabkan pemandu kenderaan dibelakang merasa tidak selesa mengekori kenderaan anda dan ianya akan mengambil keputusan untuk memotong kenderaan anda. Tindakan anda pula mesti memberi masa dan ruang yang selamat untuk kenderaan tersebut memotong.
  • Anda juga harus melihat jarak kenderaan anda dengan kenderaan yang berhenti di bahu jalan. Jarak yang paling sesuai ialah melebihi 3 kaki. Dengan jarak ini jika pintu yang menghadap ke jalan raya dibuka secara tiba-tiba, kenderaan yang anda pandu masih ada ruang yang selamat.
Pemandu selamat mengamalkan sikap pemerhatian dan tindakan yang tepat.

Khamis, 25 September 2008

Memandu di jalan basah..



Memandu dalam keadaan hujan memerlukan lebih perhatian. Permukaan jalan yang basah memerlukan pemandu menggunakan pergerakan yang lembut terhadap :-
  • Stereng
  • Brek
  • Cekam(clucth)
  • Pedal minyak (accelerator)
Penggunaan secara kasar memungkinkan berlaku gelinciran kepada kenderaan. Tindakan yang terbaik ialah kurangkan kelajuan dan tingkatkan pemerhatian. Ingat pemandu yang baik ialah pemandu yang dapat menyesuaikan pemanduan mengikut keadaan jalan dan keupayaan kenderaan.

Rabu, 24 September 2008

Pelancaran OPS SIKAP XVII - JPJ SIAP SEDIA








Anggota Penguatkuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan
Negeri Sembilan siap sedia untuk melaksanakan Ops Sikap XVII yang bermula hari ini.

Isnin, 22 September 2008

Kemalangan Maut


Elakkan kemalangan sebegini di musim perayaan. Bermulalah pemanduan anda dengan cermat. Jika anda bermula dengan cermat, Insyaallah akan berakhir dengan selamat.

Ahad, 21 September 2008

Samseng Jalan Raya (Road Bully)

Semalan baru saja saya menulis mengenai penggunaan hon. Hari ini akbar perdana melaporkan kejadian sebenar berlaku. Kejadian yang berlaku dibandar Kuching yang melibatkan seorang pemimpin yang bergelar Datuk semalam adalah contoh yang nyata. Hon dikatakan punca kejadian tersebut.Tindakannya tidak melayani kerenah pembuli jalan raya ini adalah tindakan yang sangat baik. Memandu kenderaan ke Balai Polis yang berhampiran adalah tindakan yang betul. Laporan Polis hendaklah dibuat dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tugasnya.

TIP MENGELAKKAN DARI SAMSENG JALAN RAYA

  • Jangan amalkan membunyikan hon yang panjang dan mendesak.
  • Jangan bertindakbalas jika pemandu lain membunyikan hon mendesak kepada anda.
  • Kenalpasti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan, memandu ke Balai Polis dan buat laporan.
  • Kawal perasaan dan tingkatkan kesabaran anda.

Sabtu, 20 September 2008

HON.... PON! PON! Pooo0ON!


Hon digunakan sebagai alat untuk memberitahu pengguna jalan raya lain mengenai hasrat anda. Namun ia hendaklah digunakan dengan berhati-hati. Hon yang BUNYINYA seperti MENDESAK akan disalahtafsirkan oleh pengguna jalan raya lain. Hon yang Mendesak dikenalpasti sebagai salah satu penyebab berlakunya kejadian samseng jalan raya. Ingat! banyak kes yang berlaku seperti pengaduhan berpunca dari HON. Jangan jadikan kesalahan jalan raya bertukar menjadi kesalahan jenayah.
Gunakan hon kenderaan anda secara berhemat!

Jumaat, 19 September 2008

SAYANGI LAH ANAK ANDA


Ada pemandu yang meletakkan anak dihadapan mereka semasa memandu. Anaknya kadangkala berdiri dan turut sama memegang streng kenderaan. Tindakan ini sangat merbahaya. Jangan kita sayangi anak sehingga kita lupa tindakan itu mendatangkan bahaya. Menyesal seumur hidup jika kemalangan maut berlaku akibat dari kejahilan tindakan kita.

Khamis, 18 September 2008

PEMERHATIAN (OBSERVETION)


Pemandu yang baik memiliki tabiat pemerhatian yang baik. Pemerhatian yang baik boleh membantu anda membuat keputusan lebih cepat dan tepat. Anda harus ingat semakin laju anda memandu semakin cepat masa yang di perlukan untuk bertindak. Anda harus cepat menjangka, mengenalpasti dan bertindak terhadap halangan yang datang. Kesilapan menjangka dan mengenalpasti akan menyebabkan kegagalan anda betindak dengan cepat dan tepat. Kemalangan besar boleh berlaku akibat dari sedikit kesilapan kita.

Rabu, 17 September 2008

BALIK KAMPUNG DAN OPS SIKAP

Hari Raya Aidil Fitri menjelang tiba.Balik kampung untuk berhari raya bersama orang yang tercinta merupakan perkara yang wajib dalam kehidupan berkeluarga. Selain budget pakaian budget kenderaan juga perlu. Perjalanan yang jauh memerlukan kenderaan dalam keadaan TTC ( Tip Top Condition). Semuanya itu memerlukan perhatian dan perbelanjaan yang besar. Memandu kenderaan sewaktu balik kampung memang penuh cabaran terutama harus bersedia bersesak-sesak di jalan raya. Maklum sajalah semua mempunyai tujuan yang sama..BALIK KAMPUNG BERHARI RAYA. Stress betul memandu ketika itu. Harus di ingat strees ini boleh di kawal jika kita saling hormat menghormati dengan pemandu lain. Segala perlakuan kita akan di pantau oleh pihak yang berkuasa. Jangan sekali-kali kita hilang sabar ketika memandu. Pemandu yang tidak sabar dan tidak mengikut peraturan sudah pasti mesti bersedia dengan tindakan undang-undang. Budget anda akan bertambah nanti bila terpaksa membayar saman yang patutnya boleh di elak. Sama-sama kita membina sikap yang positif semasa memandu..

PANDU MOLEK

Pemandu yang baik ialah pemandu yang ada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terpuji. Memandu adalah merupakan satu seni yang terbentuk melalui cara semula jadi atau melalui proses pembelajaran. Pemandu yang kompeten mempunyai ciri-ciri berkenaan. Cara yang paling mudah untuk mengenali samada anda pemandu yang baik atau tidak dengan cara menilai diri sendiri. Lihat diri sendiri bagaimana tingkah laku anda semasa anda memandu. Anda juga boleh melihat bagaimana tingkah laku pemandu lain yang anda benci. Kalau tingkah laku sebegitu yang anda benci.. maka begitulah bencinya tingkah buruk anda yang dibenci oleh orang lain!!!
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda..
terima kasih.....

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com