Jumaat, 10 Oktober 2008

Kawal kereta anda - bukan kereta kawal anda!


Dalam pemanduan, teknik pengawalan kereta adalah perkara yang penting. Kesalahan dan gangguan kecil jika tidak dikawal akan menyebabkan berlakunya gangguan yang lebih besar yang akhirnya akan berlaku kemalangan.

Jika anda ingin menjadi pemandu yang baik dan berkemahiran anda harus belajar dan berlatih mengawal kereta anda. Banyak kes yang kita dengar kemalangan berlaku akibat daripada hilang kawalan.. Kehilangan kawalan terhadap kenderaan boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung.



  • Kehilangan kawalan secara langsung

Ianya terjadi apabila pemandu mendapati mustahil untuk bertindak balas dengan betul pada saat kecemasan disebabkan kegagalannya untuk mengenalpasti, menjangka, membuat keputusan dan bertindak tepat dan betul pada masanya.


  • Kehilangan kawalan tidak langsung
Faktor seperti brek, tayar yang tidak sempurna dan gangguan kecil yang lain boleh menyumbang kepada kehilangan kawalan. Walau bagaimana pun jika anda mahir memandu, sebagai pemandu mahir anda boleh mengenalpasti halangan dan bertindak dengan tenang dan baik walaupun dalam keadaan kecemasan.


  • Pengendalian kereta pemandu mahir
Ciri-ciri pengendalian kereta yang mahir boleh bertindak balas mengikut perlakuan kereta yang dipandunya. Antara daripada ciri-ciri yang terpenting dalam pengendalian kereta adalah "Understeer" dan "Oversteer".


  • Understeer
Istilah yang membawa maksud Gilinciran Roda Hadapan. Pada saya ia merupakan kes yang ekstrem. Ini biasanya berlaku diselekoh, apabila stereng dipusingkan untuk membelok, pedal minyak ditekan anda akan berasa kenderaan anda melawan tindakbalas tersebut. Apabila pedal minyak diangkat, anda akan dapati bahagian hadapan kenderaan akan terperosok atau tergelincir ke satu sudut.


Tindakan penyelesaian.



Pusing stereng ke arah yang sebenar,kurangkan kelajuan dan gunakan brek jika perlu


  • Oversteer
Istilah yang membawa maksud Gilinciran Roda Belakang.Ianya adalah reaksi yang berlawanan dengan understeer. Gilinciran ini semakin kuat apabila semakin laju kenderaan yang dipandu dan tekanan yang kasar terhadap streng. Umumnya kenderaan yang menggunakan pacuan roda belakang sangat cenderung kepada oversteer apabila pedal minyak ditekan.

Tindakan Pengawalan

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk mengambil tindakan

  • untuk pacuan roda belakang, kurangkan kelajuan(angkat pedal minyak)dan ambil lengkongan yang jauh.Pusingkan stereng ke arah bertentangan
  • untuk pacuan roda hadapan ialah angkat pedal minyak , brek dan tambah kelajuan

PILIHAN TINDAKAN PENYELESAIAN TERBAIK BAGI KEDUA-DUANYA


Understeer dan Oversteer biasanya berlaku di selekoh. Semasa diselekoh anda harus ingat bahawa kedudukan tayar hadapan dan belakang kenderaan anda tidak selari. Kedudukan tayar hadapan condong manakala tayar hadapan menegak. Apabila tindakan memperlahan kenderaan berlaku, tolakan atau memantum belakang akan menolak kehadapan. Pengawalan antara minyak, stering, keupayaan kenderaan, kedudukan jalan, keupayaan pemandu yang tidak seimbang adalah faktor utama sebagai penentu kejadian.

Langkah pertama. Perlahankan kenderaan. Harus dingat kenderaan lebih senang dikawal jika kelajuannya dapat dikawal.

Kedua, ambil tindakan pusing stering supaya kedudukan tayar hadapan adalah selari dengan tayar belakang. langkah ini membolehkan tayar hadapan mendapat cengkaman semula pada permukaan jalan. Apabila tayar hadapan mendapat cengkaman barulah anda memusingkan balik mengikut kemahuan dan dapat mengawal dengan baik.

Akhir sekali pemandu yang mahir akan dapat menilai dan mengarahkan kenderaannya mengikut apa yang dikehendaki dengan lebih tepat kerana andalah yang sebenarnya mengawal kenderaan tersebut.

Tiada ulasan:

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com