Ahad, 26 Oktober 2008

PENJANA JALAN RAYA


Kursus Pensjilan Sijil Pengajar Institusi Memandu (SPIM) yang di anjurkan oleh Jabatan Kerajaan yang bertanggung jawab mengenai latihan dan pelesenan pemandu adalah bertanggungjawab melahirkan sekumpulan tenaga pengajar mahir yang bertujuan melatih bakal-bakal pemandu di jalan raya. Kursus selama satu minggu ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali. Diakhir kursus para peserta dikehendaki menduduki ujian teori dan amali sebelum layak di tauliahkan sebagai Pengajar Institusi Memandu.

(gambar- sebahagian dari 50 peserta yang mengikuti Kursus Spim yang diadakan di Demong Beach Resort,Besut,Terengganu pada 20 - 26/10/08)

Khamis, 16 Oktober 2008

KAWAL STREES ANDA SEMASA MEMANDU



Stress membawa maksud tekanan atau tegang. Umunnya terbahagi kepada 2 bentuk. Pertama, tekanan positif iaitu apa-apa tekanan yang diterima menyebabkan kita rasa senang hati, riang dan gembira. manakala tekanan negetif berlaku sebaliknya dimana kita merasa susah hati, tidak tenteram dan sebagainya.


Memandu dalam keadaan stress negetif boleh menyebabkan pemerhatian yang kacau dan boleh melahirkan perilaku yang agresif. Anda akan lebih mudah melakukan kesalahan lalulintas jika dibandingkan dengan keadaan anda yang relex dan stabil. Risiko anda terlibat dengan kemalangan lebih tinggi jika anda memandu dalam keadaan stress.


Dalam pemanduan ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan berlakunya stress negetif, antaranya ialah:-
  • Pemandu dan segala permasalahan peribadinya
  • Keadaan jalan yang tak sempurna
  • Keadaan lalulintas yang sibuk
  • Cuaca yang tak menentu
  • Gangguan Cahaya dan Bunyi
  • Kenderaan yang banyak, rosak,meletak tepi jalan dll
  • Tempoh dan jarak memandu yang tak sesuai
  • Sekatan pemeriksaan jalan raya yang tak perlu

Harus anda ingat bahawa stress ini mesti dikawal semasa anda memandu. Pemandu mahir akan bertindak segera mengawal situasi ini supaya pemanduan lebih selamat dan selesa.

Bagaimana anda hendak mengesan stress semasa memandu?.

Stress ini terbahagi kepada 3 peringkat:-



Peringkat 1- Amaran Bahaya (Alarm) Peringkat ini juga disebut sebagai gangguan kecil semasa memandu. Harus dingat bahawa gangguan-gangguan kecil ini jika tidak di kawal akan menjadi kepada gangguan yang lebih besar. Ianya akan menjejaskan pemerhatian dan menurunkan graf kemahiran memandu anda.Pemandu mahir mempunyai pemerhatian yang teliti, pertimbangan yang cepat dan tahu mengambil tindakan yang betul walau pun halangan tiba-tiba muncul diluar jangka. Pendek kata pemandu mahir tahu bila, bagaimana, dan apa yang hendak dilakukan semasa memandu. Ia mampu bertindak mengawal keadaan dan dapat meneruskan pemanduan dengan selamat.



Peringkat 2 - Rintangan(Resistance) Peringkat ini disebut sebagai peringkat berlakunya penentangan secara bersilang antara kehendak,kemahiran dan undang-undang. Tekanan mental dan fizikal silih berganti. Namun pemandu masih lagi berupaya mengawal keadaan dan boleh meneruskan perjalanan



Peringkat 3-(Exhaustion) Diperingkat ini pemandu mengalami tekanan mental dan fizikal secara berterusan yang akhirnya ia gagal mengawal keadaan. Jika ini berlaku tindakannya yang terbaik ialah memberhentikan kenderaan dan kembali memandu semula apabila stress ini dapat dikawal.



TIP-TIP UNTUK MENGAWAL STRESS SEMASA MEMANDU

  • Rehatkan fikiran, •rehatkan tubuh badan anda. Pastikan kedudukan badan anda adalah betul semasa memandu. Kedudukan badan terlalu dekat atau terlalu jauh dengan stereng memberi kesan kepada pemanduan.

  • Lontarkan pandangan kepada persekitaran yang segar semasa memandu.Segarkan mata anda. Anda hendaklah mengatur pergerakan mata anda untuk melihat cermin sisi kanan/kiri dan cermin pandang belakang secara bersistemetik. Anggaplah pergerakan ini sebagai latihan mata supaya tidak mudah mengantuk atau mudah terlelap.

  • Selepas memandu dalam tempoh tertentu, anda berhenti sekejap ditempat yang selamat, turun dari kenderaan dan buat pergerakan ringkas. Contoh:-Jika anda berhenti mengisi minyak, jangan malas keluar dari kenderaan. Anda hendaklah keluar dari kenderaan dimana pergerakan anda nanti akan memberi kesegaran semula.

  • Rancang perjalanan. Pastikan rehat dan tidur mesti cukup. Harus diingat bahawa ubat mengantuk yang paling mujarab sekali ialah tidur. Jangan sekali-kali makan pil elak mengantuk kerana anda akan memandu dalam keadaan mata celik tetapi hati tidur.

  • Mempunyai teman semasa memandu. Dengan berteman, anda boleh berbual.Jika teman anda kaki tidur, anda boleh sekalisekala menjeling bagaimana teman anda tidur kerana salah satu kaedah untuk mengelakkan dari mengantuk ialah melihat perlakuan orang tidur. Anda juga boleh bertemankan radio rangkaian kegemaran anda.

  • Mengamalkan permakanan yang betul. Terlalu kenyang akan menyebabkan anda lemah dan ingin rehat dan tidur.

  • Menciptalah sesuatu yang boleh menceriakan semasa memandu dan anggaplah pemanduan ini adalah pemanduan yang sempurna. Jangan sekali-sekali bertindakbalas kepada kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lain. Pemandu mahir mesti boleh mengawal keadaan dan tidak mudah terjebak dengan kesalahan lalulintas.

  • Lakukan SEX pada setiap masa.Ini adalah kunci utama untuk mengelakkan stress semasa memandu. (S-Smile-SENYUM, E-Energy-BERSEMANGAT/BERTENAGA dan X-X'CITMENT/SERONOK )

  • Mengambil pendekatan Agama. Orang yang tenang adalah orang yang dapat menghayati tuntutan agama
http://pandumolek.blogstarz.my
http://pandumolek.blogspot.com

Jumaat, 10 Oktober 2008

Kawal kereta anda - bukan kereta kawal anda!


Dalam pemanduan, teknik pengawalan kereta adalah perkara yang penting. Kesalahan dan gangguan kecil jika tidak dikawal akan menyebabkan berlakunya gangguan yang lebih besar yang akhirnya akan berlaku kemalangan.

Jika anda ingin menjadi pemandu yang baik dan berkemahiran anda harus belajar dan berlatih mengawal kereta anda. Banyak kes yang kita dengar kemalangan berlaku akibat daripada hilang kawalan.. Kehilangan kawalan terhadap kenderaan boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung.



  • Kehilangan kawalan secara langsung

Ianya terjadi apabila pemandu mendapati mustahil untuk bertindak balas dengan betul pada saat kecemasan disebabkan kegagalannya untuk mengenalpasti, menjangka, membuat keputusan dan bertindak tepat dan betul pada masanya.


  • Kehilangan kawalan tidak langsung
Faktor seperti brek, tayar yang tidak sempurna dan gangguan kecil yang lain boleh menyumbang kepada kehilangan kawalan. Walau bagaimana pun jika anda mahir memandu, sebagai pemandu mahir anda boleh mengenalpasti halangan dan bertindak dengan tenang dan baik walaupun dalam keadaan kecemasan.


  • Pengendalian kereta pemandu mahir
Ciri-ciri pengendalian kereta yang mahir boleh bertindak balas mengikut perlakuan kereta yang dipandunya. Antara daripada ciri-ciri yang terpenting dalam pengendalian kereta adalah "Understeer" dan "Oversteer".


  • Understeer
Istilah yang membawa maksud Gilinciran Roda Hadapan. Pada saya ia merupakan kes yang ekstrem. Ini biasanya berlaku diselekoh, apabila stereng dipusingkan untuk membelok, pedal minyak ditekan anda akan berasa kenderaan anda melawan tindakbalas tersebut. Apabila pedal minyak diangkat, anda akan dapati bahagian hadapan kenderaan akan terperosok atau tergelincir ke satu sudut.


Tindakan penyelesaian.



Pusing stereng ke arah yang sebenar,kurangkan kelajuan dan gunakan brek jika perlu


  • Oversteer
Istilah yang membawa maksud Gilinciran Roda Belakang.Ianya adalah reaksi yang berlawanan dengan understeer. Gilinciran ini semakin kuat apabila semakin laju kenderaan yang dipandu dan tekanan yang kasar terhadap streng. Umumnya kenderaan yang menggunakan pacuan roda belakang sangat cenderung kepada oversteer apabila pedal minyak ditekan.

Tindakan Pengawalan

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk mengambil tindakan

  • untuk pacuan roda belakang, kurangkan kelajuan(angkat pedal minyak)dan ambil lengkongan yang jauh.Pusingkan stereng ke arah bertentangan
  • untuk pacuan roda hadapan ialah angkat pedal minyak , brek dan tambah kelajuan

PILIHAN TINDAKAN PENYELESAIAN TERBAIK BAGI KEDUA-DUANYA


Understeer dan Oversteer biasanya berlaku di selekoh. Semasa diselekoh anda harus ingat bahawa kedudukan tayar hadapan dan belakang kenderaan anda tidak selari. Kedudukan tayar hadapan condong manakala tayar hadapan menegak. Apabila tindakan memperlahan kenderaan berlaku, tolakan atau memantum belakang akan menolak kehadapan. Pengawalan antara minyak, stering, keupayaan kenderaan, kedudukan jalan, keupayaan pemandu yang tidak seimbang adalah faktor utama sebagai penentu kejadian.

Langkah pertama. Perlahankan kenderaan. Harus dingat kenderaan lebih senang dikawal jika kelajuannya dapat dikawal.

Kedua, ambil tindakan pusing stering supaya kedudukan tayar hadapan adalah selari dengan tayar belakang. langkah ini membolehkan tayar hadapan mendapat cengkaman semula pada permukaan jalan. Apabila tayar hadapan mendapat cengkaman barulah anda memusingkan balik mengikut kemahuan dan dapat mengawal dengan baik.

Akhir sekali pemandu yang mahir akan dapat menilai dan mengarahkan kenderaannya mengikut apa yang dikehendaki dengan lebih tepat kerana andalah yang sebenarnya mengawal kenderaan tersebut.

Isnin, 6 Oktober 2008

Memotong apabila selamat

Sebelum membuat tindakan memotong kenderaan lain anda hendaklah mempertimbangkan dulu beberapa perkara. Tanya diri anda :- ????
  • adakah perlu anda memotong kenderaan dihadapan
  • adakah anda rasa tidak selamat mengekori kenderaan di hadapan
  • adakah anda rasa tidak selesa mengekori kendeaan di hadapan
  • adakah anda mengamalkan jarak mengekori yang selamat
  • adakah anda mengamalkan 10 langkah peraturan memotong
  • adakah kenderaan anda mempunyai kelajuan yang cukup untuk memotong, dan
  • adakah anda mempunyai ruang yang selamat semasa dan selepas memotong

Seringkali semasa sedang memotong kenderaan lain tiba-tiba datang kenderaan dari arah hadapan sedangkan anda berada dilorongnya. Anda akan jadi resah bilamana kenderaan anda tidak cukup kelajuan dan anda tidak ada ruang untuk masuk dihadapan kenderaan yang dipotong dengan selamat. Keadaan ini menjadikan kawalan stereng anda sama dengan fikiran anda..kalut! Tindakan kasar kepada stereng boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Kemalangan maut pasti terjadi kerana ruang yang ada sangat terhad.

Jumaat, 3 Oktober 2008

Mematuhi Had Laju

Umumnya 3 had laju utama yang mesti dipatuhi oleh pemandu. Pertama, had laju di lebuh raya 110km/j. kedua, had laju kebangsaan 90km/j dan ketiga had laju tempatan (bergantung pada tempat-tempat tertentu). Ramai yang mengetahui bahawa memandu hendaklah tidak boleh melebihi had laju yang telah ditetapkan tetapi bagaimana jika ada pemandu memandu 60km/j di jalan persekutuan. Walau pun tindakan ini tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi tindakan sebegini akan mendorong berlakunya kesalahan lalulintas. Memandu perlahan akan menyebabkan berlakunya deretan kenderaan yang mengekori dibelakangnya. Kenderaan dibelakang pasti akan cuba memotong walaupun dalam keadaan yang merbahaya. Oleh itu tindakan anda ialah - semasa memandu anda hendaklah sentiasa melihat cermin pandang belakang, jika ada deretan kenderaan dibelakang- menunjukkan kelajuan anda tidak sesuai, anda hendaklah memberi ruang dan membenarkan kenderaan dibelakang anda memotong dengan selamat.

Rabu, 1 Oktober 2008

Sikap cepat berubah, Mental lemah, Budaya merosot

Memandu adalah suatu seni yang terbentuk melalui proses semulajadi, pembelajaran dan pengalaman. Kenapa kita dalam suatu keadaan boleh bersabar tetapi bila kita memandu dijalan raya sikap kita tidak konsisten, kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. Ini menunjukkan bahawa mental kita sangat lemah. Keinginan untuk melawan arus lebih tinggi berbanding keinginan untuk mengelakkan kemalangan. Pada hal jika kemalangan berlaku tiada sesiapa yang mendapat keuntungan. Yang mendapat keuntungan dari kemalangan ini ialah pemilik trak tunda dan bengkel kenderaan. Yang rugi masa, wang dan nyawa ialah kita iaitu pemandu. Jika kita semua ada kekuatan mental, pemanduan kita akan lebih sempurna dan budaya memandu rakyat kita adalah pemandu selamat sepanjang hayat.

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com