Isnin, 11 Oktober 2010

DAYSHAT-HANCUR



















Kemalangan yang berlaku di KM 223 lebuh raya utara-selatan (Pedas ) jam 6.40 ptg semalam adalah sesuatu yang dasyat. Saya kebetulan dari seremban ke melaka melalui lokasi kejadian terperangkap hampir 4 jam. Antara gambar yang sempat dirakam.
Punca kejadian dari sumber - mengatakan Bas Ekpres dari Johor menghala ke Kuala Lumpur telah terbabas lalu melambung masuk ke Jalan Sebelah menyebabkan berlaku pelanggaran dasyat dengan 1 buah bas, van dan 2 buah kereta. Maklumat awal 12 maut, 10 cedera parah dan 5 cedera ringan. Mangsa yang maut terdiri 3 bangsa myanmar, 4 lelaki melayu dan 2 perempuan melayu. Pemandu bas berkenaan lelaki berbangsa india maut ditempat kejadian. Semua mangsa yang meningal dunia dihantar ke Hospital Besar Melaka manakala mangsa yang cedera parah ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Apa kata anda?

  • Agaknya macam mana pemandu bas itu memandu
  • Agaknya macam mana keadaan permukaan jalan
  • Agensi Bantuan Kecemasan tak dapat membantu mangsa dengan cepat kerana lorong kecemasa penuh dengan kenderaan. Bagaimana sikap pemandu kita yang memandu dan ada yang berhenti rehat dilorong kecemasan.



Sabtu, 25 September 2010

Penungang Motosikal

OPS Sikap telah berakhir. Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi mencatat angka yang tertinggi. Dimana silapnya. Pihak berkuasa telah melakukan segala-gala. Semua agensi telah dikerah untuk memastikan kemalangan dapat dicegah. Ramai anggota di agensi berkenaan terpaksa melupakan hari raya bersama keluarga..semata-mata melaksanakan tanggung jawab ini.
Apakah penunggang ini fikir bahawa kemalangan tidak berlaku kerana ramai anggota yang menjaga keselamatannya. Jika ini yang di fikir.. maka ianya adalah salah dan silap. Sebagai penungang kita yang mengendalikan kenderaan. Kita yang kawal kenderaan.Bukan kenderaan yang kawal kita. Sikap kita boleh berubah kepada kenderaan yang kawal kita bila mana kita tak dapat mengawal perasaan kita. Kita lupa bahawa kita perlu ada persediaan mental yang kuat terutama bila berhadapan dengan aliran terafik yang berganda. Jadikan persediaan ini sebagai senarai semak sebelum memula dan meneruskan sesuatu perjalanan

Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Diharap semua pengguna jalan raya terutama pemandu-pemandu sentiasa bersedia menghadapi aliran trafik berganda di musim perayaan. Jika kita ada sifaf sabar dan bertimbang rasa maka semuanya akan selamat. Untuk itu buat lah persiapan minda bagi menghadapi suasana di luar jangka. Bermulalah dengan cermat kerana akhirnya semua akan selamat.
SELAMAT HARI RAYA AIDIF FITRI..MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA SAHABAT, KENALAN DAN SEMUA YANG SUDI BERKONGSI DENGAN PANDUMOLEK....

Sabtu, 13 Mac 2010

Kegagalan MEMBACA membawa padah

Adalah diperhatikan bahawa banyak kemalangan berlaku akibat kegagalan pemandu membaca pergerakan kenderaan lain. Kegagalan kita membaca pergerakan kenderaan lain menyebabkan kita tidak dapat bersedia lebih awal untuk mengambil tindakan terutama bagi kes di luar jangka. Mustahak bagi kita mempunyai kemahiran membaca pergerakan kenderaan lain kerana kegagalan membaca tentu membawa padah. Banyak pengguna kenderaan lain menganggap tidak perlu mempedulikan pemandu lain asalkan ianya telah bertindak memberi isyarat. Sebagai contoh yang biasa kita lihat:- Seorang penungggang motosikal apabila cuba masuk ke garisan tengah jalan, kita dapat melihat pergerakannya asyik-asyik menoleh kebelakang. Sebagai pemandu kita boleh jangka mungkin penunggang tadi hendak membelok ke kanan. Tindakan kita salah jika kita memotong sebelah kanan kerana kemalangan pasti berlaku jika penunggang motosikal tadi tiba-tiba membelok ke kanan. Jadi tindakan kita yang betul ialah, perlahankan kenderaan dan bersedia bergerak ke kiri jika benar penunggang motosikal tadi ingin membelok. Ingat jangkaan yang tepat adalah tindakan pemandu yang selamat.

Jumaat, 5 Mac 2010

MENGAJAR UNTUK MEMAHIR BUKAN UNTUK LULUS

Pengajar-pengajar Institusi Memandu disaran supaya mengambil tanggungjawab bahawa merekalah sebenarnya yang mencorakkan budaya memandu di jalan raya. Merekalah Guru yang sebenar kepada berjuta-juta pemandu. Jadi mengajarlah untuk memahirkan pemandu dan bukan mengajar semata-mata untuk lulus ujian JPJ.

Rabu, 27 Januari 2010

7 PERKARA UTAMA PUNCA KEMALANGAN MAUT

Kemalangan jalan raya berlaku pada setiap hari. Berbagai-bagai langkah pencegahan telah dan sedang di ambil oleh pihak-pihak yang di pertanggungjawab. Walau bagaimana pun langkah pencegahan ini tidak bermakna jika pengguna sendiri yang tidak mengambil peranan yang sama. Harus di ingat setakat ini telah dikenalpasti 7 perkara utama yang boleh menyebabkan berlaku kemalangan maut :-
  • Memandu melebihi had laju
  • Tidak mematuhi Isyarat Lampu Merah
  • Membawa muatan berlebihan
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Menggunakan handpone semasa memandu
  • Mengekori rapat dari belakang
  • Memotong di garisan berkembar

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com