Sabtu, 25 September 2010

Penungang Motosikal

OPS Sikap telah berakhir. Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi mencatat angka yang tertinggi. Dimana silapnya. Pihak berkuasa telah melakukan segala-gala. Semua agensi telah dikerah untuk memastikan kemalangan dapat dicegah. Ramai anggota di agensi berkenaan terpaksa melupakan hari raya bersama keluarga..semata-mata melaksanakan tanggung jawab ini.
Apakah penunggang ini fikir bahawa kemalangan tidak berlaku kerana ramai anggota yang menjaga keselamatannya. Jika ini yang di fikir.. maka ianya adalah salah dan silap. Sebagai penungang kita yang mengendalikan kenderaan. Kita yang kawal kenderaan.Bukan kenderaan yang kawal kita. Sikap kita boleh berubah kepada kenderaan yang kawal kita bila mana kita tak dapat mengawal perasaan kita. Kita lupa bahawa kita perlu ada persediaan mental yang kuat terutama bila berhadapan dengan aliran terafik yang berganda. Jadikan persediaan ini sebagai senarai semak sebelum memula dan meneruskan sesuatu perjalanan

Tiada ulasan:

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com