Sabtu, 25 September 2010

Penungang Motosikal

OPS Sikap telah berakhir. Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi mencatat angka yang tertinggi. Dimana silapnya. Pihak berkuasa telah melakukan segala-gala. Semua agensi telah dikerah untuk memastikan kemalangan dapat dicegah. Ramai anggota di agensi berkenaan terpaksa melupakan hari raya bersama keluarga..semata-mata melaksanakan tanggung jawab ini.
Apakah penunggang ini fikir bahawa kemalangan tidak berlaku kerana ramai anggota yang menjaga keselamatannya. Jika ini yang di fikir.. maka ianya adalah salah dan silap. Sebagai penungang kita yang mengendalikan kenderaan. Kita yang kawal kenderaan.Bukan kenderaan yang kawal kita. Sikap kita boleh berubah kepada kenderaan yang kawal kita bila mana kita tak dapat mengawal perasaan kita. Kita lupa bahawa kita perlu ada persediaan mental yang kuat terutama bila berhadapan dengan aliran terafik yang berganda. Jadikan persediaan ini sebagai senarai semak sebelum memula dan meneruskan sesuatu perjalanan

Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Diharap semua pengguna jalan raya terutama pemandu-pemandu sentiasa bersedia menghadapi aliran trafik berganda di musim perayaan. Jika kita ada sifaf sabar dan bertimbang rasa maka semuanya akan selamat. Untuk itu buat lah persiapan minda bagi menghadapi suasana di luar jangka. Bermulalah dengan cermat kerana akhirnya semua akan selamat.
SELAMAT HARI RAYA AIDIF FITRI..MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA SAHABAT, KENALAN DAN SEMUA YANG SUDI BERKONGSI DENGAN PANDUMOLEK....

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com