Selasa, 27 Disember 2011
Sabtu, 24 Disember 2011
BENARKAH BAS 2 TINGKAT MERBAHAYA?
- Hari ini Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati penggunaan bas bertingkat tidak selamat serta tidak sesuai bagi perjalanan jarak jauh.Keselamatan bas berkenaan akan menjadi lebih buruk sekiranya laluan bas berkenaan berselekoh serta sempit kerana ia mempengaruhi kestabilan bas dan berisiko mengakibatkan kemalangan.
- Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri pula berkata, bas bertingkat hanya sesuai digunakan di laluan selesa seperti di kawasan bandar atau di lebuh raya."Penggunaan bas dua tingkat di kawasan bergunung-ganang dan bercerun seperti di Sabah, Sarawak dan Cameron Highlands kurang sesuai kerana ia akan memberi kesan tidak baik terhadap bas yang berbadan lebih tinggi.
- Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ, Ir. Mohamad Dalib berkata, bas dua tingkat tetap selamat digunakan tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika ia dipandu oleh pemandu yang tidak berpengalaman.
Sabtu, 17 Disember 2011
Isnin, 21 November 2011
ETIKA PEMANDU AMBULAN
Isnin, 7 November 2011
SAMSENG JALAN RAYA
- Kekalkan sifaf sopan, sabar dan bertimbang rasa walaupun pemandu lain tidak bersikap begitu.
- Jangan bertindak balas atau cuba memberi respon untuk menandingi pemandu yang ganas. Elakkan bertindak bertentang mata dengan nya. Ambil sikap acuh tak acuh sahaja. Jika anda masih tak tahan sabar katakan kepada diri anda.. pemandu itu tidak sihat.
- Jangan sekali kali memperjudikan nyawa anda dengan kesilapan pemandu lain
- Berusaha mengurangkan tekanan dengan mengambil pendekatan agama
- Anda juga harus ingat bahawa anda tidak boleh mengawal emosi pemandu lain, tetapi anda boleh kawal emosi anda sendiri
memandulah dengan smart dan selamat
Rabu, 19 Oktober 2011
Dozing Or Drowzy
Kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat taman Bukit Emas Km 5 Jalan Seremban-Tampin. pada 17/10/2011 jam 8.30 pagi.
Kemalangan berlaku berpunca daripada seorang pemandu berusia 60an yang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan. Di lihat kepada usianya berkemungkinan ia mengalami sindrom mudah mengantuk dan mudah terlelap.
Isnin, 22 Ogos 2011
HATI-HATI MEMANDU DIMUSIM PERAYAAN
1.Tidak melakukan kesalahan lalulintas
2. Tidak menyalahgunakan kenderaan
3. Tidak melewatkan jadual perjalanan
4 Tidak menyalahgunakan kenderaan , dan
5. TIDAK MENGHILANGKAN SIFAF KESOPANAN.
Selamat memandu ,semoga selamat ke destinasi
Sabtu, 23 Julai 2011
SPAD,JPJ &PDRM PERLU BEKERJASAMA -- berita lanjut...
Sabtu, 7 Mei 2011
Pengajar Memandu yang berkualiti & cemerlang
Ahad, 20 Februari 2011
SAMAN EKOR - KENAPA TAKUT SANGAT
Selasa, 15 Februari 2011
SAMPAI BILA
Isnin, 24 Januari 2011
TATA KELAKUAN SEMASA MENGAJAR
- Berpakaian sopan dan kerapian yang berpatutan pada setiap masa
- tidak merokok
- tidak dibawah pengaruh arak atau minuman lain yang memabukkan
* lain-lain kesalahan yang boleh di tafsirkan sebagai jenayah
Ahad, 23 Januari 2011
JIKA ANDA BERMINAT HENDAK MENJADI PENGAJAR MEMANDU
SYARAT-SYARAT SERTA KELAYAKAN UNTUK PENSIJILAN TENAGA PENGAJAR INSTITUSI MEMANDU (SPIM) Anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah Kaedah 11(2), (3) dan (4), Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992. http://portal.jpj.gov.my/myspim/
· Warga Negara Malaysia
· Kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dengan lulus dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
· Warga Negara Malaysia
· Bekas anggota tentera yang memiliki sijil QTO Angkatan Tentera Malaysia dengan kelayakan akademik minimum Sijil Rendah Pelajaran atau yang setaraf dengannya.
· Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) tidak kurang daripada lima tahun bagi kelas yang dipohon, termasuk Lesen Memandu Percubaan (PDL).
· Lulus pemeriksaan kesihatan.
· Lulus Tapisan Keselamatan
· Tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau mana-mana kesalahan jenayah bagi tempoh lima tahun yang lepas.
· Pemohon baru hanya dibenarkan memohon kelas B, C atau D. Pemohon kelas E perlu memiliki SPIM kelas D minimum satu tahun
· Mengikut Kurus dan Lulus dengan jayanya semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
· Mematuhi semua arahan JPJ dari satu masa ke satu masa
Batu Pahat-JB
I made this widget at MyFlashFetish.com.