Pengajar memandu mempunyai tanggungjawab yang besar. Untuk melatih dan mengajar memandu mestilah mempunyai ciri-ciri berkualiti dan cemerlang. Ini oleh kerana mengajar memandu adalah suatu proses pemindahan pengetahuan dan kemahiran yang ada dari seorang pengajar atau jurulatih kepada pelajar memandu. Ianya akan menentukan sikap dan cara memandu pelajar di jalan raya nanti. Pemandu-pemandu yang lahir di jalan raya nanti adalah hasil dari corak pembelajaran kita. Mengajar memandu bukan suatu prkara yang mudah. Ianya harus di sertai dengan kesabaran, ketekunan dan keiklasan. Mengajar bukan sekadar untuk lulus dan dapat lesen memandu. Tapi mengajar untuk pandai dan kompeten. Jurulatih mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran terutama dalam subjek yang diajar. Kursus Pensijilan Pengajar Institusi Memandu(SPIM) yang di anjurkan oleh JPJ adalah proses pengiktirafan kepada Pengajar-Pengajar Memandu. Kandungan kursusnya akan melengkapkan Pengajar-pengajar kepada pengetahuan dan kemahiran kepada subjek-subjek yang bakal diajar nanti. Asas membina sikap yang positif semasa memandu adalah tanggungjawab Pengajar Memandu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan