Sabtu, 13 Mac 2010

Kegagalan MEMBACA membawa padah

Adalah diperhatikan bahawa banyak kemalangan berlaku akibat kegagalan pemandu membaca pergerakan kenderaan lain. Kegagalan kita membaca pergerakan kenderaan lain menyebabkan kita tidak dapat bersedia lebih awal untuk mengambil tindakan terutama bagi kes di luar jangka. Mustahak bagi kita mempunyai kemahiran membaca pergerakan kenderaan lain kerana kegagalan membaca tentu membawa padah. Banyak pengguna kenderaan lain menganggap tidak perlu mempedulikan pemandu lain asalkan ianya telah bertindak memberi isyarat. Sebagai contoh yang biasa kita lihat:- Seorang penungggang motosikal apabila cuba masuk ke garisan tengah jalan, kita dapat melihat pergerakannya asyik-asyik menoleh kebelakang. Sebagai pemandu kita boleh jangka mungkin penunggang tadi hendak membelok ke kanan. Tindakan kita salah jika kita memotong sebelah kanan kerana kemalangan pasti berlaku jika penunggang motosikal tadi tiba-tiba membelok ke kanan. Jadi tindakan kita yang betul ialah, perlahankan kenderaan dan bersedia bergerak ke kiri jika benar penunggang motosikal tadi ingin membelok. Ingat jangkaan yang tepat adalah tindakan pemandu yang selamat.

Jumaat, 5 Mac 2010

MENGAJAR UNTUK MEMAHIR BUKAN UNTUK LULUS

Pengajar-pengajar Institusi Memandu disaran supaya mengambil tanggungjawab bahawa merekalah sebenarnya yang mencorakkan budaya memandu di jalan raya. Merekalah Guru yang sebenar kepada berjuta-juta pemandu. Jadi mengajarlah untuk memahirkan pemandu dan bukan mengajar semata-mata untuk lulus ujian JPJ.

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com