Selasa, 26 November 2013

MOTOSIKAL – TEKNIK MEMBREK KECEMASAN



TIP UTAMA - Apa sahaja situasi anda harus BERSEDIA,BUAT KEPUTUSAN DAN BERTINDAK. Jangan panik. Jika panic  tip apa pun tak menjadi.

Panduan ini adalah untuk situasi betul betul cemas, jika tidak ambil tindakan akibatnya nahas. Ada beberapa kaedah yang selalu diamalkan. Berikut hanya satu cara;

1.  Tutup pendikit dan jangan tarik klac. Kalau membrek secara biasa bolehlah tarik tapi bagi situasi betul betul cemas tidak ada masa untuk tarik klac malah jika klac ditarik ia akan membuat motosikal meluru kedepan.
2.  Tarik brek depan dan tekan brek belakang tetapi pastikan belakang tidak membuang kerana situasi begini cukup senang bagi roda belakang membuang. Sambil mengambil tindakan keatas brek kaki anda terus bertindak menukar kepada gear rendah tanpa mengguna klac. Ini adalah kaedah mengguna kuasa enjin untuk membrek. Jika anda berada di gear 5 misalnya tidak ada masaalah tukar ke gear 3 atau dua tapi tukar satu gear demi satu gear.
3.  Brek depan harus diguna lebih dari belakang. Jika roda terkunci lepaskan brek seketika dan tekan kembali.
4.- Jika anda mengguna motosikal ringan seperti moto sport alihkan badan anda kebelakang sedikit supaya memberi beban keatas tayar belakang
.
Membrek cemas diselekoh
Anda baru sahaja masuk selekoh dan didepan anda terdapat halangan yang boleh membahayakan anda. Tindakan betul adalah untuk menegakan moto anda dahulu sebelum tindakan membrek dilakukan.

Mengelak
Satu kelebihan motosikal adalah ia amat senang untuk dikendalikan dan ini memungkinkan anda mengambil tindakan mengelak.




Mengelak atau membrek
Membrek bukanlah penyelesaian masaalah.Membrek dapat membantu, jika tidak dapat mengelak, sekurang kurangnya dapat mengurangkan kesan impak apabila bertembung.
Biasanya jika ada halangan tindakan mengelak lebih baik dari membrek. Berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan trainer boleh dikatakan semua penunggang pernah melakukan tindakan ini dan ianya amat berkesan bagi mengelak halangan.

latihan yang berterusan boleh membantu anda menghadapi suasana ini.

KURSUS PENGENDALIAN BREK & KAWALAN STERENG




LOKASI - STADIUM LANGKAWI
PESERTA- PEMANDU DI JABATAN PERDANA MENTERI (ICU)
25/26.11.2013











Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com