Isnin, 14 Oktober 2013

MEMANDU SEMASA MENGHADAPI GELINCIRAN (HYDROPLANING)

Memandu semasa musim hujan anda mungkin akan berdepan dengan gelinciran. Situasi di mana tayar kehilangan cengkaman apabila tayar kenderaan anda mencecah takungan air atau air yang mengalir. Pada masa itu air memasuki diantara tayar dan permukaan jalan, tayar akan terapong daripada permukaan jalan menyebabkan stereng dan brek tidak dapat berfungsi. Faktor yang boleh mempengaruhi gelinciran ini ialah keadaan bunga tayar, tekanan angin tayar, kelajuan dan kedalaman lapisan air. Jika anda dapat terlebih awal mengenalpasti halangan ini maka anda sudah pasti dapat mengawal kenderaan anda dengan baik. 

 Cara untuk menghindari daripada gelinciran (hydroplaning)
  • Pastikan pemilihan tayar yang sesuai. Tayar yang di reka untuk mengurangkan keberangkalian berlakunya gelinciran. Tayar yang mempunyai alur yang dalam  dan dapat menyesarkan air dari bawah tayar. 
  •  Adalah sangat penting untuk anda memastikan tekanan angin tayar anda adalah seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan. Tekanan angin tayar yang terlalu rendah atau terlalu tinggi adalah tidak baik untuk tayar dan bahan api
  • Kurangkan kelajuan kenderaan apabila anda melalui kawasan takungan air kerana ini akan mengurangkan kebarangkalian berlakunya gelinciran.
  • .Pandu dengan cermat terutama semasa hujan lebat dan anda di nasihatkan memandu mengikut kesan tayar kenderaan di hadapan. Ini akan memberi laluan sementara yang kering dan anda jangan lupa untuk memastikan jarak mengekori selamat anda dengan kenderaan di hadapan.
  
Tindakan ini boleh membantu anda menghadapi  gelinciran :-
  • Gelinciran adalah suatu suatu yang bahaya. Maka adalah sangat penting anda tahu dan dapat mengenalpasti lebih awal kerana ia boleh membantu anda mengambil tindakan dengan tenang.
  • Sekiranya anda kehilangan kawalan kenderaan, lepaskan injak pemecut secara perlahan-lahan tanpa menekan injak brek
  • Turunkan kepada gear yang lebih rendah. Tindakan ini boleh memperlahankan kenderaan anda.
  • Kawal stereng kenderaan anda dengan menggunakan kedua-dua tangan anda. Anda di nasihatkan menggunakan teknik Pull N Push.
  • Sekiranya kenderaan anda sedang gelincir dan anda hilang kawalan kenderaan, anda perlu bertenang dan hadapi gelinciran itu sehingga kenderaan anda berhenti gelincir.

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com