Sabtu, 11 Julai 2020

Memandu - Bertindak Mengikut Situasi



Pemandu yang berhemat adalah pemandu yang mengawal kereta dan bukannya kereta yang mengawal pemandu. Kawalan kereta terletak sepenuhnya pada anda. Oleh itu gunakan sebaiknya segala fungsi yang ada pada kereta.
Memberi isyarat adalah sangat mustahak semasa memandu kerana ianya akan menyampaikan hasrat anda kepada pemandu lain dan membolehkannya mengambil tindakan sewajarnya.  Anda sekali-kali jangan lupa memberikan isyarat sewaktu hendak membelok untuk keluar masuk simpang, memotong dan menukar lorong. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi dan memeriksa “Blind Spot” sebelum menukar sebarang haluan kenderaan anda.
Adalah sangat mustahak anda melatih diri untuk menjangka apa yang berlaku di hadapan dan sekeliling anda. Banyak kemalangan berlaku kerana kegagalan pemandu menjangkakan halangan yang ada. Bayangkan bagaimana pemandu boleh melanggar sebuah lori trailler yang berhenti rosak di bahu jalan. Anda perlu fokus dan memandang jauh kehadapan. Kebolehan anda mengenaspasti halangan, kebijaksanaan menganalisa menentukan hasil tindakan anda. Kegagalan anda melakukan ini boleh mengundang padah.  
Kelajuan yang sesuai adalah kelajuan yang di tetapkan oleh pihak berkuasa. Walaubagaimana pun kelajuan sebenar dan sesuai di tentukan oleh anda sendiri. Anda perlu mempertimbangkan kelajuan yang anda pilih. Faktor kemampuan anda, kenderaan, permukaan jalan, cuaca dan hadlaju yang di tetapkan oleh pihak berkuasa mesti di ambil kira dalam memilih kelajuan.
Anda harus ingat bahawa kita berkongsi menggunakan jalan raya ini. Sikap berhemat dan toleransi diantara kita pengguna jalan raya menjadikan kita semua selamat sepanjang hayat.
PM

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com