Jumaat, 26 September 2008

Sesuaikah jarak kenderaan anda?

Semasa memandu anda perlu perhatikan jarak kenderaan anda. Jarak mengekori, di ekori dan dengan kenderaan yang berhenti di bahu jalan adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
  • Jika anda mengekori kenderaan hadapan anda hendaklah mengekori dalam jarak yang sesuai. Asasnya semakin laju kenderaan dipandu semakin jauh jarak mengekori anda. Pentingnya jika kenderaan dihapadan membrek secara tiba-tiba anda mempunyai masa dan ruang untuk membrek dan memberhentikan kenderaan anda dengan selesa dan selamat.
  • Anda juga harus melihat dan mampu mengagak jarak kenderaan yang mengekori kenderaan anda. Anda mungkin tidak merasa selesa dan selamat jika anda diekori oleh kenderaan dari belakang terlalu rapat. Anda lebih selamat jika membenarkan kenderaan dibelakang memotong kenderaan anda. Jika ia masih tidak mahu memotong kenderaan anda, anda juga boleh menggunakan brek secara berirama iaitu dengan cara menekan pedal brek secara tekan & lepas. Setiap kali brek di tekan dan di lepaskan lampu brek dan lampu brek ketiga akan menyala. Teknik ini digunakan untuk memberitahu pemandu kenderaan dibelakang mengenai ketidakselesaan anda. Ia juga akan memaksa pemandu kenderaan dibelakang memperlahankan kenderaannya. Teknik ini juga akan menyebabkan pemandu kenderaan dibelakang merasa tidak selesa mengekori kenderaan anda dan ianya akan mengambil keputusan untuk memotong kenderaan anda. Tindakan anda pula mesti memberi masa dan ruang yang selamat untuk kenderaan tersebut memotong.
  • Anda juga harus melihat jarak kenderaan anda dengan kenderaan yang berhenti di bahu jalan. Jarak yang paling sesuai ialah melebihi 3 kaki. Dengan jarak ini jika pintu yang menghadap ke jalan raya dibuka secara tiba-tiba, kenderaan yang anda pandu masih ada ruang yang selamat.
Pemandu selamat mengamalkan sikap pemerhatian dan tindakan yang tepat.

Tiada ulasan:

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com