Ahad, 8 Mac 2009

Hati-hati Memandu dalam hujan-kongsi Tip ini

Jika anda terpaksa memandu dalam keadaan hujan ikuti petua ini:

  • Pastikan bahagian bawah kenderaan tiada kebocoran manakala semua pintu mempunyai kedapan (seal) yang baik dan bahagian enjin, kotak gear dan galas (bearing) tidak berlaku kebocoran.
  • Sistem cekam (clutch system), sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik manakala .
  • Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman mantap manakala penggilap (wiper), hon dan sistem elektrik seperti bahagian lampu hadapan dan juga lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.
  • Perkara yang perlu diberi perhatian ketika meredah jalan dinaiki air ialah memberi laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah tidak melebihi had tayar.
  • Sekiranya di bawah satu kaki tinggi, pemanduan boleh dilakukan tetapi harus ingat, pandu kenderaan anda secara perlahan yang boleh.Ia bertujuan untuk mengelakkan percikan air membasahi enjin khasnya bahagian sistem penyalaan (ignition system).
  • Jangan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin basah dan pengguna lain terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena percikan air.
  • Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan memandu laju kerana sistem brek anda tidak berfungsi sepenuhnya kerana permukaan brek basah.
  • Bagi mengatasi masalah ini, gunakan gear satu atau dua bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear satu bagi sistem automatik.
  • Tekan pedal minyak dan brek serentak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.

Tiada ulasan:

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com