Ahad, 20 Februari 2011

SAMAN EKOR - KENAPA TAKUT SANGAT

Isu saman ekor masih lagi menjadi isu yang hangat di perdebatkan. Sepatutnya sebagai pemandu berhemat kita tidak perlu takut pada penguatkuasaan. Pemandu berhemat tidak perlu takut kepada kamera perangkap laju samaada yang di laksanakan oleh Polis atau JPJ. Kerana apa? kerana pemandu berhemat adalah pemandu yang dapat menyempurnakan perjalanannya tanpa melakukan kesalahan lalulintas. Hanya pemandu yang tak berhemat sahaja yang takut pada kamera perangkap laju ini. Sebenarnya pemandu berhemat tidak perlu membayar walau satu sen pun kerana tiada saman yang dapat dikeluarkan jika pemandu ini tidak melakukan kesalahan lalu lintas. Maka sikap kita harus berubah. Mulakan perjalanan kita dengan cermat kerana hasilnya adalah selamat.

1 ulasan:

yana berkata...

yea betol tu!!! sokong 100%

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com