Selasa, 15 Februari 2011

SAMPAI BILA

OPS Sikap sempena Tahun Baru Cina telah berakhir. Amat malang bagi kita kerana statistik kemalangan masih tidak berubah. Kegagalan kita menunjukkan Ops sikap tidak dapat mengubah sikap pemandu kita. Pemandu kita harus diajar mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya bukan kerana takut atau gerun kepada agensi penguatkuasa tetapi kerana untuk menjaga nyawa, harta benda dan masanya sendiri. Pengajar Memandu yang mempunyai Sijil Pengajar Institut Memandu harus sedar bahawa mereka mempunyai tanggung jawab yang besar dalam melahirkan pemandu yang smart dan selamat. Bakal-bakal pemandu ini harus diajar bukan saja semata-mata untuk lulus tetapi untuk pandai. Pandai dari segi pengetahuan. Pandai dari segi skill dan kemahirannya dan sangat pandai membina sikap yang positif semasa memandu. Manakala pemandu kita pula harus mengamalkan apa yang diajar semasa memandu di jalan raya.

Tiada ulasan:

Batu Pahat-JB

Batu Pahat-JB

I made this widget at MyFlashFetish.com.
pandumolek.blogspot.com